Khamis, 25 April 2013

~MUHASABAH DIRI #2~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿

Rabu, 17 April 2013

~uBaH TaKDiR DeNGaN Doa~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿


Qada dan qadar adalah satu perkara yang menjadi dasar IMAN seseorang Islam, selain percaya kepada Allah, malaikat, rasul, kitab dan hari kiamat. Ada pihak memberikan erti qada ialah KEHENDAK manakala qadar KETENTUAN Allah.

Daripada Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa Jibril AS bertanya kepada baginda Rasulullah SAW: "Apakah itu IMAN? Baginda SAW menjawab: "IMAN itu ialah kamu beriman kepada Allah SWT, kepada hari akhirat, kepada malaikat-malaikat, kepada kitab-kitab, kamu beriman dengan adanya mati dan kehidupan setelah mati, beriman dengan syurga dan neraka, penghisaban dan timbangan serta beriman dengan TAKDIR yang berlaku sama ada BAIK atau BURUK."

Isnin, 15 April 2013

~SeBeLuM KiTa~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   
 
✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿
SeBeLuM kita mengeluh tentang rasa dari makanan, FiKiRKaN tentang seseorang yang tidak punya apa pun untuk dimakan. SeBeLuM anda mengeluh tidak punya apa-apa, FiKiRKaN tentang seorang pengemis yang meminta-minta dijalanan.

SeBeLuM kita mengeluh bahwa kita tak berguna, FiKiRKaN tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya. SeBeLuM anda mengeluh dengan sakit kepala, FiKiRKaN tentang seseorang yang lumpuh seluruh anggota.

SeBeLuM mengeluh kerna dilukai dan disakiti, FiKiRKaN tentang seseorang tak pernah rasa disayangi. SeBeLuM mengeluh tentang suami atau isteri anda, FiKiRKaN tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.

Hari ini, SeBeLuM kita mengeluh tentang hidup, FiKiRKaN tentang seseorang yang meninggal terlalu awal. SeBeLuM kita mengeluh tentang anak-anak kita, FiKiRKaN tentang seseorang yang ingin sangat mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Khamis, 11 April 2013

~NaSiHaT AL-GHaZaLi BaGi MeNCaPai KeBaHaGiaaN DuNia & AKHiRaT~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   
 
✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿
WAHAI ANAKKU:

Antara nasihat Rasulullah s.a.w. kepada umatnya :

“Tanda Allah membenci seseorang hamba-Nya, dia akan sentiasa sibuk dengan perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, Sesungguhnya sesaat umur yang pergi tanpa digunakan dalam ibadah, pasti membuatkan manusia menyesal pada kemudian hari. Sesiapa yang telah mencapai umur 40 tahun, sedangkan amalan kebaikan terlalu sedikit dibandingkan dengan kejahatan yang dilakukannya, maka bersedialah untuk ke neraka.”

WAHAI ANAKKU:

Memberi nasihat sememangnya mudah, yang sukar ialah untuk menerimanya. Nasihat amat pahit bagi manusia yang mengikut hawa nafsu. Mereka lebih senang dengan perkara-perkara yang terlarang. Ada manusia yang menganggap ilmu yang ada sudah memadai untuk memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Oleh itu tidak perlu lagi beramal dengan ilmu yang ada. Sebenarnya ini adalah pandangan sesat ahli-ahli fasafah. Subhanallah! Tidakkah mereka tahu orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya itu maka ilmu sendiri akan mendakwanya di akhirat nanti?

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Manusia yang paling teruk diazab pada hari kiamat ialah orang yang berilmu tetapi tidak memanfaatkan ilmunya.”

Selasa, 9 April 2013

~SaBaR MeNGHaRuNGi KeHiDuPaN~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   
 
✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿

Dalam hidup ini hendak mencapai kejayaan memang tiada jalan pintasnya..Jalan menuju kejayaan sangat payah dan perlukan pengorbanan baik dari segi masa, emosi, wang, titik peluh dan suka duka..Jangan putus asa dan teruskan usaha tanpa jemu dan berdoalah agar dibantu dengan iringan doa yang tak pernah putus..Jangan dengar cakap orang, mereka hanya pandai memberi komen dan melemahkan semangat..dengarkanlah kata hatimu yang berkobar-kobar mengejar impian hidupmu itu..

"DI MANA ADA KEYAKINAN DISITU ADA JALAN." Yakinlah Allah telah menjamin rezeki setiap anak Adam. Dimanakah keyakinan kita pada Allah S.W.T bahawa Dia Al-Razzaq iaitu MAHA MEMBERI REZEKI. Kita hanya berusaha dan terus berusaha melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya dan penuh tanggungjawab melaksanakan urusan yang telah diberi.

Jika awal-awal kita telah menolak peluang kerana takutkan kesusahan, orang lain pula berebut-rebut mengambil peluang dan ruang tersebut.

Saya kagum mendengar cerita seorang ibu berusia 60an yang berusaha untuk mengisi masa lapangnya dengan menghafal ayat-ayat Quran setiap hari. Kerja menghafaz memang memerlukan kesabaran dan semangat yang tinggi. Walaupun satu hari dia menghafaz 3-5 ayat saja, akhirnya dalam masa lima tahun dia telah menghafal seluruh al-Quran. Biarpun lambat, tetapi usahanya membuahkan kejayaan. Bukan mudah menghafaz dalam usia yang telah masuk 60an yang mana sedikit ingat dan banyak lagi lupa..Namun, dia berjaya kerana sikap istiqamahnya yang tak pernah kenal erti putus asa dengan melakukannya secara berterusan dan sabar.

Tetapkanlah matlamat yang ingin kita capai dalam hidup ini. Fikirkan masa depan yang cemerlang..Kita adalah apa yang kita fikirkan pada masa ini. Berpegang teguh pada ayat Al-Quran dan Sunnah agar kita tidak terpesong jauh dari landasan Islam. Bersabarlah jika menghadapi kesusahan, kegagalan atau rintangan kerana Allah S.W.T akan membalas dengan ganjaran pahala kepada insannya yang sabar sebagaimana firmanNya;

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar."(Surah al-Baqarah ayat 2;155)

Rabu, 3 April 2013

~BeRHiJRaH KeRaNa ALLAH S.W.T~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   
✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿
Allah menuntut agar kita berubah..iaitu berubah kearah kebaikkan..
Allah menuntut agar kita sentiasa mengingatiNya selalu..
Allah mahukan kita berubah kepadaNya agar kita selamat dunia dan akhirat..

HATI INI URUSAN ALLAH..
Berubahlah walaupun sedikit demi sedikit walaupun bukan secara sepenuhnya.
Perubahan sejengkal..akan merasa nikmat satu hasta.
Perubahan satu hasta..akan mendapat nikmat satu depa.
Apa yang akan kita terima akan lebih diredhai, akan lebih bererti jika kita berubah DEMI Allah..

Beribu-ribu kali dah kita buat silap, tidak pernah pun kita benci dekat diri sendri.
Tapi bila org lain buat silap, baru sekali, sudah benci dan pendam dendam itu seumur hidup. Tapis mata kita. Pandang kelemahan diri dan perhatikan kebaikan orang lain bukan sebaliknya. Kerana disebalik itu ada teguran dan petunjuk Allah bagi untuk menyedarkan kita..

Kita selalu merasakan orang lain lebih bahagia daripada kita, kerana hidup mereka penuh warna dan ceria, sedang hidup kita seringkali berkalut derita. Sedangkan hakikatnya kitalah orang yang paling bahagia, jika kita sabar dan menerima ujian hidup seadanya. Mereka yang setiap hari bergelak tawa, belum tentu tidak lalai hati mereka dari mengingati-Nya.

Bahagia itu sebenarnya apabila kita menangis kerana Allah, ketawa kerana Allah, bersyukur kepada Allah dan bersabar kerana Allah. Itulah hakikat bahagia..Usahlah terlalu risau memikirkan perihal jodoh, kerana segalanya sudah di tetapkan sejak dahulu, tercatat segalanya di luh mahfuz seorang pasangan sesuai buat kita, jauh jarak beribu batu sekalipun sampai waktu kan bertemu. walau perpisahan yang berlaku akan berakhir dengan pertemuan yang baru.

Namun, jika tiada jodoh dengannya, andai sudah disatu dengan cinta, diikat dengan pertunangan dan telah ditetapkan tarikh pernikahan,segalanya akan terhalang..sedangkan yang berkahwin jua mengalami perceraian. Oleh itu, sudahi air mata, yakini takdir, setiap yang berlaku bersama hikmah yang tertentu.