Jumaat, 9 Ogos 2013

::: DIANTARA DOSA DOSA POPULAR DIHARI RAYA ( MELAYU ):::

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿

Hari raya sepatutnya menjadi hari untuk mendapat keredaan daripada Allah dan bukan kemurkaan-Nya. Mari kita bermuhasabah serba sedikit mengenai dosa popular (kesalahan di hari raya) yang sering diamalkan masyarakat kita ketika menyambut hari raya.
** Bersentuh-sentuhan antara lelaki dan perempuan bukan mahram
Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Hari raya sering dijadikan 'lesen' untuk lelaki dan perempuan bukan mahram bersalam-salaman dan bersentuhan antara satu sama lain.
Bersentuhan antara lelaki dan perempuan adalah haram dan tiada pengecualian pada hari raya. Namun ia semakin dilihat sebagai perkara biasa dalam konteks masyarakat hari ini.
Jika boleh elak dengan cara , letak kedua tangan di belakang, atau pegang dada dan tunduk kepala sedikit dan kata 'maaf; , atau kata perlahan 'saya dalam keadaan berwuduk".

Khamis, 8 Ogos 2013

♥♥♥ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN♥♥

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿

Saya mengucapkan "♥♥♥ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN ♥♥♥" kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia yang beragama Islam.

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.