Rabu, 21 November 2012

BERANI untuk BERUBAH!!!

   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿


"you can't change you future, but you can change your habits and surely your habits will change your future.."

Berubah dan terus istiqomah dengan perubahan kearah kebaikan merupakan satu perkara yang sukar untuk dihadapi, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan situasi yang tidak disenangi. Oleh itu, kita perlu berani ingin menjadi salah seorang yang nekad, yang ingin mendapatkan kebaikan dan keredhaan Allah s.w.t.

Nekad untuk berubah menjadi orang-orang yang baik, orang-orang yang baik kepada sesiapa sahaja kerna orang-orang yang baik dan beriman yang akan selamat sampai akhirat nanti..kalau kita pernah menjadi orang yang tidak baik maka kita berhentilah dan bertaubat. Berubahlah menjadi seorang yang mampu mengenali Allah, mengetahui matlamat kehidupan dan tanggungjawap di dunia ini. Bersungguh-sungguh kearah memenuhi tuntutan kehidupan sebagai hamba Allah dan pentadbir muka bumi ini.

Rasullulah saw pernah mengingatkan Aisyah isteri beliau, beliau berkata
"Wahai Aisyah, sesungguhnya orang yang paling buruk di hadapan Allah di hari kiamat nanti adalah orang yang dihindari orang lain kerna takut akan kejahatannya"

Dengan berfikiran positif untuk berubah, kita mampu mematangkan akal kita, menjadikan perubahan itu sebagai satu peluang untuk memperbaiki akhlak, jiwa, hati  dan hubungan kita sesama manusia. Berpegang atau hanya berserah kepada nasib seharusnya dielakkan kerana akan membuatkan kita terus berada pada takuk yang sama selagi kita tidak berani berusaha untuk mengubah nasib kita kepada yang lebih baik. Cita-cita juga hanya akan tinggal mimpi di siang hari jika kita tidak berani mengambil TINDAKAN. Seseorang itu pasti akan berjaya dengan berbekalkan dedikasi, keinginan, keazaman serta keupayaan menerima sesuatu yang baru dengan bijak.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Rebutlah peluang lima sebelum lima: "MASA MUDA sebelum tiba MASA TUA, MASA SIHAT sebelum tiba MASA SAKIT, MASA LAPANG sebelum tiba MASA SIBUK, MASA KAYA sebelum tiba masa PAPA dan MASA HIDUP sebelum tiba MASA MATI.”

Sekiranya kita masih berpegang pada prinsip-prinsip yang negatif dan berpendapat bahawa kita tidak mampu melakukannya, kita pasti gagal! Hadapilah perubahan itu dengan tenang, kumpulkan maklumat serta ambil tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku pada diri kita. Berani untuk menerima perubahan yang positif, serta berani dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Akan tetapi, berani sahaja tidak mencukupi sebagai bekalan kita untuk berjuang. Ittaqillahh (BERTAQWALAH kamu kepada Allah).

Perancangan yang rapi, persediaan diri dan mentaliti yang positif adalah aspek yang perlu ada dalam diri. Ia merupakan senjata yang memberi kekuatan untuk berdepan dengan cabaran-cabaran serta pembakar semangat agar kita tidak mudah mengaku kalah. Setiap perubahan yang ditempuhi haruslah dinilai dengan bijak dan merancang pelan tindakan bagi memastikan kita tidak lagi tewas dengan hasutan dan perasaan.

Semangat untuk berubah terletak pada diri kita sendiri. Kitalah yang menentukan perubahan itu, siapakah kita?,jadi apakah kita? di mana kita hendak berada 5 tahun dari sekarang?. Dengan usaha, keyakinan serta komitmen kita pasti akan berjaya.

Ibnu Munkadir berkata: “Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, Qiamullail, Silaturrahim dan Solat Berjemaah”.

Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.

Fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintahNya, meninggalkan segala laranganNYA dan Ketahuilah hukum hakamNYa. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.

Tiada ulasan: