Khamis, 12 Disember 2013

~Doa YaNg MuSTaJaB~

Dengan Lafaz Bismillah dan Salam Sejahtera,
Berdoa merupakan suatu usaha kita untuk meminta bantuan Allah SWT. Segala permintaan mestilah dipanjatkan kepada-Nya dalam keadaan penuh kesyukuran dan kerendahan diri, seperti firman Allah SWT dalam surah al-’araaf ayat ke-55 :

“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan (suara) yang perlahan…”

Rabu, 11 Disember 2013

~Dulu 13-12-11 Kini 11-12-13~

Dengan Lafaz Bismillah dan Salam Sejahtera,
\
Pada hari ini 11 Disember 2013, boleh dikatakan tarikh yang istimewa kerana urutan number (11,12,13) sesuai dijadikan tarikh untuk diingati bagi pasangan yang ingin membuat majlis pertunangan@perkahwinan..Dulu 13 Disember 2011 (13,12,11). Dengan kesempatan tarikh ini saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada anda yang mengikuti @ membuka @ terbuka @ saje2 buka blog nie..Terima Kasih kepada anda semua..wassalam..

                             

Sabtu, 7 Disember 2013

~SmiLe~

Dengan Lafaz Bismillah dan Salam Sejahtera,

Always KEEP your SMILE...
That's how I explain..
My long LiFe..


Sabtu, 23 November 2013

Isnin, 7 Oktober 2013

~50 AmaLaN TeRBaiK DaLaM HiDuP~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿

   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   


✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿

Isnin, 23 September 2013

~9 TIPS UNTUK BERJAYA~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿

   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   



✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿

Jumaat, 9 Ogos 2013

::: DIANTARA DOSA DOSA POPULAR DIHARI RAYA ( MELAYU ):::

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿

Hari raya sepatutnya menjadi hari untuk mendapat keredaan daripada Allah dan bukan kemurkaan-Nya. Mari kita bermuhasabah serba sedikit mengenai dosa popular (kesalahan di hari raya) yang sering diamalkan masyarakat kita ketika menyambut hari raya.
** Bersentuh-sentuhan antara lelaki dan perempuan bukan mahram
Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Hari raya sering dijadikan 'lesen' untuk lelaki dan perempuan bukan mahram bersalam-salaman dan bersentuhan antara satu sama lain.
Bersentuhan antara lelaki dan perempuan adalah haram dan tiada pengecualian pada hari raya. Namun ia semakin dilihat sebagai perkara biasa dalam konteks masyarakat hari ini.
Jika boleh elak dengan cara , letak kedua tangan di belakang, atau pegang dada dan tunduk kepala sedikit dan kata 'maaf; , atau kata perlahan 'saya dalam keadaan berwuduk".

Khamis, 8 Ogos 2013

♥♥♥ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN♥♥

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿

Saya mengucapkan "♥♥♥ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN ♥♥♥" kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia yang beragama Islam.

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.



Selasa, 9 Julai 2013

~MaRHaBaN Ya RaMaDHaN~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿

Marhaban Ya Ramadhan 1434 H... Selamat Datang Bulan Suci Ramadhan..

Ramadhan adalah bulan yang penuh berkah, dimana di bulan suci ini diturunkannya Kitab suci Al-Qur’an yang merupakan petunjuk bagi manusia. Bulan dimana terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan (Lailatul Qadar) dan melakukan serangkaian aktivitas solat tarawih, memperbanyak membaca Al-Qur'an kemudian mengakhirinya dengan membayar Zakat Fitrah dan perayaan Idul Fitri.


Di sini bingung
Di sana bingung
Bila hidup tanpa pedoman
Bulan Ramadhan kita jadikan
Tempat diri perteguh iman
Tak lupa salahku mohon dimaafkan

Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA&TOBAT lah obatnya
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya
MOHON MAAF LAHIR & BATHIN, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Niat Puasa dan Berbuka

Selasa, 25 Jun 2013

~Doa aNaK SoLeh uNTuK IBU BAPA~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿


Antara anugerah yang tidak ternilai dalam sesebuah keluarga adalah anak soleh. Anak yang taat dan membela kedua ibubapanya ketika sudah dewasa. Anak soleh ini tidak akan membiarkan ibubapa mereka hidup dalam keadaan merana atau kecewa. Jauh sekali untuk menderhaka.

Anak soleh akan berusaha membahagiakan kedua ibu bapa hingga ke hujung usia. Anak soleh akan sentiasa mendoakan ibu-bapa mereka. Antara doa yang dianjurkan adalah:

"Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidiku di masa kecil."

Anak soleh tidak akan jemu mendoakan kedua ibubapanya. Jangalah dipersia-siakan mereka.

Isnin, 24 Jun 2013

~BuaT BaKaL IsTeRiKu NaNTi~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿


ISTERIKU,jika suatu saat aku memarahimu, berilah senyuman kerana mungkin saat itu aku terlelah dengan keseharianku,dan aku yakin senyumanmu adalah penyejuk hatiku, kasih jika suatu saat nanti aku mengacuhkanmu,hiburlah aku kerana mungkin aku perlukan candamu setelah seharian dalam kesendirianku mencari nafkah untukmu, isteriku jika suatu saat kau melihatku sangat lelah,cukuplah kau mengambilkan air putih untuku, istriku jika suatu saat aku salah dalam memimpin, maka ingatkan aku kerana kau adalah penasihat sejatiku.

Jumaat, 14 Jun 2013

~SaTu CiNTa~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿

Cinta yang sebenar, cinta yang hakiki, adalah cinta kepada Allah semata-mata,
Semoga kita termasuk dalam golongan yang dicintai-Nya selalu, dunia dan akhirat. Insha-Allah, ameen 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

(Allahumma inni as alukal huda wattuqo wal afaf wal ghina)

,Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu petunjuk
”takwa, diri yang terjaga dan kekayaan
- HR. Muslim, no. 6842


Rabu, 12 Jun 2013

~KHuTBaH TeRaKHiR Nabi Muhammad S.A.W - Review Back ~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿

Renungilah wasiat terakhir Baginda Nabi s.a.w sebelum wafatnya baginda dan kembali kepada pencintanya yang Maha Esa. Pesanan baginda ini adalah pesanan untuk sekalian ummatnya. Dari zaman para sahabat sehingga ke umat akhir zaman. Wasiat baginda adalah untuk ummah, bukan untuk masyarakat setempat atau sesuatu keadaan.

Moga-moga ia menjadi suatu renungan yang mendalam kepada kita dalam mengharungi kehidupan kini yang penuh dengan rencah fitnah dan mehnah. Jua, menjadi pengajaran kepada mereka yang mengharapkan pertemuan dengannya di sana. Amin.


Selasa, 4 Jun 2013

~BinGkisan KaTa #2 ~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿


Cinta sebenar...
cinta tak harus memiliki
ataupun dimiliki
cukup merasakan saat ia
datang dan ada

Selasa, 28 Mei 2013

~aNuGeRaH DaRi KeGaGaLaN~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿

Setiap manusia punyai kelebihan, kekuatan, 
kelemahan dan juga kekurangan. 
Dan kadang-kadang ujian dan dugaan yang dikurniakan 
oleh ALLAH Ta'ala meliputi kekurangan dan kelemahan 
berbanding kekuatan dan kelebihan.

Kerana apa? 

Kerana itulah 'Hikmah' ALLAH timpakan sesuatu dugaan 
dan ujian itu, agar sudut yang lemah menjadi kuat, 
yang kurang menjadi sempurna. 
Kerana ujian dan dugaan itulah yang mematangkan jiwa 
dan akal fikiran kita dalam menjalani 
kehidupan dunia yang penuh berliku..


Isnin, 27 Mei 2013

~“La Tahzan Innallaha ma’ana” (JaNGaN BeRSeDiH, ALLAH BeRSaMa KiTa)~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿

"DaN JaNGaNLaH KaMu BeRSiKaP LeMaH DaN JaNGaNLaH PuLa KaMu BeRSeDiH HaTi PaDaHaL KaMuLaH oRaNG-oRaNG YaNG PaLiNG TiNGGi DaRJaTNYa JiKa KaMu oRaNG-oRaNG YaNG BeRiMaN"

Jiwa yang senantiasa menguntum senyuman akan melihat kesulitan dengan penuh ketenangan dan kelapangan  sambil terus mengorak langkah untuk mengatasinya..

Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot… ”.
اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah ” (QS 36 : 82).

Ketika kita mengeluh : “ee, aku penat sangat … ”.
اَللّهُ menjawab : “ … dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirahat ” (QS 78 : 9). …

Ketika kita mengeluh :… “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku … ”.
اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).

Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa … ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (QS 13 : 28).

Ketika kita mengeluh : “ pe aku buat ni semua sia-sia … ”.
اَللّهُ menjawab : ” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (QS 99 : 7).

Ketika kita mengeluh : “ takde sorang pun nak tolong aku … ”.
اَللّهُ menjawab: “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (QS 40 : 60).

Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat… ”.
اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita ” (QS 9 : 40).

Segala masalah kita, persoalan kita, sudah terjawab oleh ALLAH, semoga Allah kuatkan hati kita.

Ahad, 26 Mei 2013

~HaRaPaN HaRi eSoK~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿

Belajar hari ini...Miliki impian untuk hari esok. 
Yang penting jangan pernah berhenti untuk berusaha..


Jumaat, 24 Mei 2013

~THiNK PoSiTiVe To MaKe THiNGS PoSiTiVe #1~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿


Rabu, 22 Mei 2013

~WoRDLeSS WeDNeSDaY #3~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿

Selasa, 21 Mei 2013

~15 NaSiHaT HaSaN aL-BaSRi~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿
~♥~Kamu mempunyai giliran, jika kamu tertinggal, orang lain akan mengambil giliran kamu.
~♥~Dunia adalah mimpi dan impian, akhirat adalah kenyataan, mati adalah perantaraan di antara keduanya, umat Islam adalah sebaik-baik pilihan.
~♥~Sesiapa menghisab dirinya dia akan berjaya.
~♥~Sesiapa lalai dia akan mengalami kerugian.
~♥~Sesiapa memandang kesan di sebaliknya atau akibat, dia akan terselamat.
~♥~Sesiapa mengikut hawa nafsu, dia akan sesat.
~♥~Sesiapa dapat mencapai impiannya, dia akan menjadi kaya.
~♥~Sesiapa takut, dia akan terselamat. Sesiapa mengambil pengajaran dia akan dapat melihat kebenaran.
~♥~Sesiapa dapat memahami, dia akan beramal.
~♥~Jika kamu tergelincir, mulakan semula perjuangan kamu.
~♥~Jika kamu menyesal, buanglah perkara itu.
~♥~Jika kamu jahil, tanyalah.
~♥~Jika marah, jagalah diri kamu.
~♥~Ketahilah sebaik-baik amalan adalah amalan yang dibenci oleh nafsu.

Ahad, 19 Mei 2013

~BuLaN Rejab Syahrullah ( Bulan ALLAH )~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Kemuliaan Rejab dgn malam Israk Mikrajnya.

Bulan Rejab Syahrullah ( Bulan ALLAH ), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun & bertaubat kpd ALLAH.

Kelebihan puasa di Bulan Rejab 2013 dan panduan doa bulan rejab. 11 Mei merupakan bermulanya 1 rejab dalam kalendar islam. Berikut adalah panduan doa di bulan rejab dan kelebihan bulan Rejab.

“Barang siapa berpuasa sehari di bulan Rejab, ia seperti melaksana puasa setahun,bila berpuasa 7 hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka Jahanam, apabila berpuasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu syurga, apabila berpuasa 10 hari, Allah akan mengabulkan semua permintaannya.”
(Riwayat Al-Thbrani dr Said b Rsyid)

Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar.

Artikel Berkaitan: (Sumber : http://shafiqolbu.wordpress.com)



Sabtu, 4 Mei 2013

~SeLaMaT MeNGuNDi (PRU-13)~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿
PRU-13 KePuTuSaN Di TaNGaN aNDa..

Esok, 05 Mei 2013 adalah tarikh mengundi yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Selamat mengundi saya ucapkan kepada semua warga Malaysia yang layak. Mengundi itu adalah tanggungjawap dan hak kita untuk memilih di Malaysia yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. Siapa yang kita pilih adalah RaHSia...apa yang penting adalah pemimpin yang kita pilih itu mestilah yang terbaik kerna ia penentu untuk generasi baru dan masa depan negara.

Justeru, kepada rakyat Malaysia yang layak jalankanlah tanggungjawap anda dan gunakan peluang ini dengan sebaiknya. Saya berharap keputusan PRU-13 kali ini memberi impak dan perubahan yang baik khususnya kepada rakyat Malaysia. SeLaMaT MeNGuNDi SeMua..

~ReNuNGaN HaDiS PiLiHaN~

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a., Nabi saw bersabda:

“Allah tidak menarik kembali ilmu pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang-orang berpengetahuan (ulama). Apabila orang berpengetahuan telah punah (hilang/lenyap), maka masyarakat akan mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin yang akan dijadikan tempat bertanya. Orang-orang bodoh ini akan berfatwa tanpa ilmu; mereka sesat dan menyesatkan."[Hadis Bukhari 0076]

Penjelasan Hadis : Kemajuan sesuatu umat bergantung kepada jumlah ulama dan orang terpelajarnya, kerana merekalah yang memimpin dan membimbing umat itu. Pemimpin yang bodoh akan memimpin umatnya (masyarakat) menuju kebinasaan.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al Baqarah : Ayat 216)

Khamis, 25 April 2013

~MUHASABAH DIRI #2~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿

Rabu, 17 April 2013

~uBaH TaKDiR DeNGaN Doa~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿


Qada dan qadar adalah satu perkara yang menjadi dasar IMAN seseorang Islam, selain percaya kepada Allah, malaikat, rasul, kitab dan hari kiamat. Ada pihak memberikan erti qada ialah KEHENDAK manakala qadar KETENTUAN Allah.

Daripada Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa Jibril AS bertanya kepada baginda Rasulullah SAW: "Apakah itu IMAN? Baginda SAW menjawab: "IMAN itu ialah kamu beriman kepada Allah SWT, kepada hari akhirat, kepada malaikat-malaikat, kepada kitab-kitab, kamu beriman dengan adanya mati dan kehidupan setelah mati, beriman dengan syurga dan neraka, penghisaban dan timbangan serta beriman dengan TAKDIR yang berlaku sama ada BAIK atau BURUK."

Isnin, 15 April 2013

~SeBeLuM KiTa~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   
 
✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿
SeBeLuM kita mengeluh tentang rasa dari makanan, FiKiRKaN tentang seseorang yang tidak punya apa pun untuk dimakan. SeBeLuM anda mengeluh tidak punya apa-apa, FiKiRKaN tentang seorang pengemis yang meminta-minta dijalanan.

SeBeLuM kita mengeluh bahwa kita tak berguna, FiKiRKaN tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya. SeBeLuM anda mengeluh dengan sakit kepala, FiKiRKaN tentang seseorang yang lumpuh seluruh anggota.

SeBeLuM mengeluh kerna dilukai dan disakiti, FiKiRKaN tentang seseorang tak pernah rasa disayangi. SeBeLuM mengeluh tentang suami atau isteri anda, FiKiRKaN tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.

Hari ini, SeBeLuM kita mengeluh tentang hidup, FiKiRKaN tentang seseorang yang meninggal terlalu awal. SeBeLuM kita mengeluh tentang anak-anak kita, FiKiRKaN tentang seseorang yang ingin sangat mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Khamis, 11 April 2013

~NaSiHaT AL-GHaZaLi BaGi MeNCaPai KeBaHaGiaaN DuNia & AKHiRaT~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   
 
✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿
WAHAI ANAKKU:

Antara nasihat Rasulullah s.a.w. kepada umatnya :

“Tanda Allah membenci seseorang hamba-Nya, dia akan sentiasa sibuk dengan perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, Sesungguhnya sesaat umur yang pergi tanpa digunakan dalam ibadah, pasti membuatkan manusia menyesal pada kemudian hari. Sesiapa yang telah mencapai umur 40 tahun, sedangkan amalan kebaikan terlalu sedikit dibandingkan dengan kejahatan yang dilakukannya, maka bersedialah untuk ke neraka.”

WAHAI ANAKKU:

Memberi nasihat sememangnya mudah, yang sukar ialah untuk menerimanya. Nasihat amat pahit bagi manusia yang mengikut hawa nafsu. Mereka lebih senang dengan perkara-perkara yang terlarang. Ada manusia yang menganggap ilmu yang ada sudah memadai untuk memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Oleh itu tidak perlu lagi beramal dengan ilmu yang ada. Sebenarnya ini adalah pandangan sesat ahli-ahli fasafah. Subhanallah! Tidakkah mereka tahu orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya itu maka ilmu sendiri akan mendakwanya di akhirat nanti?

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Manusia yang paling teruk diazab pada hari kiamat ialah orang yang berilmu tetapi tidak memanfaatkan ilmunya.”

Selasa, 9 April 2013

~SaBaR MeNGHaRuNGi KeHiDuPaN~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   
 
✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿

Dalam hidup ini hendak mencapai kejayaan memang tiada jalan pintasnya..Jalan menuju kejayaan sangat payah dan perlukan pengorbanan baik dari segi masa, emosi, wang, titik peluh dan suka duka..Jangan putus asa dan teruskan usaha tanpa jemu dan berdoalah agar dibantu dengan iringan doa yang tak pernah putus..Jangan dengar cakap orang, mereka hanya pandai memberi komen dan melemahkan semangat..dengarkanlah kata hatimu yang berkobar-kobar mengejar impian hidupmu itu..

"DI MANA ADA KEYAKINAN DISITU ADA JALAN." Yakinlah Allah telah menjamin rezeki setiap anak Adam. Dimanakah keyakinan kita pada Allah S.W.T bahawa Dia Al-Razzaq iaitu MAHA MEMBERI REZEKI. Kita hanya berusaha dan terus berusaha melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya dan penuh tanggungjawab melaksanakan urusan yang telah diberi.

Jika awal-awal kita telah menolak peluang kerana takutkan kesusahan, orang lain pula berebut-rebut mengambil peluang dan ruang tersebut.

Saya kagum mendengar cerita seorang ibu berusia 60an yang berusaha untuk mengisi masa lapangnya dengan menghafal ayat-ayat Quran setiap hari. Kerja menghafaz memang memerlukan kesabaran dan semangat yang tinggi. Walaupun satu hari dia menghafaz 3-5 ayat saja, akhirnya dalam masa lima tahun dia telah menghafal seluruh al-Quran. Biarpun lambat, tetapi usahanya membuahkan kejayaan. Bukan mudah menghafaz dalam usia yang telah masuk 60an yang mana sedikit ingat dan banyak lagi lupa..Namun, dia berjaya kerana sikap istiqamahnya yang tak pernah kenal erti putus asa dengan melakukannya secara berterusan dan sabar.

Tetapkanlah matlamat yang ingin kita capai dalam hidup ini. Fikirkan masa depan yang cemerlang..Kita adalah apa yang kita fikirkan pada masa ini. Berpegang teguh pada ayat Al-Quran dan Sunnah agar kita tidak terpesong jauh dari landasan Islam. Bersabarlah jika menghadapi kesusahan, kegagalan atau rintangan kerana Allah S.W.T akan membalas dengan ganjaran pahala kepada insannya yang sabar sebagaimana firmanNya;

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar."(Surah al-Baqarah ayat 2;155)