Sabtu, 4 Mei 2013

~SeLaMaT MeNGuNDi (PRU-13)~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿
PRU-13 KePuTuSaN Di TaNGaN aNDa..

Esok, 05 Mei 2013 adalah tarikh mengundi yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Selamat mengundi saya ucapkan kepada semua warga Malaysia yang layak. Mengundi itu adalah tanggungjawap dan hak kita untuk memilih di Malaysia yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. Siapa yang kita pilih adalah RaHSia...apa yang penting adalah pemimpin yang kita pilih itu mestilah yang terbaik kerna ia penentu untuk generasi baru dan masa depan negara.

Justeru, kepada rakyat Malaysia yang layak jalankanlah tanggungjawap anda dan gunakan peluang ini dengan sebaiknya. Saya berharap keputusan PRU-13 kali ini memberi impak dan perubahan yang baik khususnya kepada rakyat Malaysia. SeLaMaT MeNGuNDi SeMua..

~ReNuNGaN HaDiS PiLiHaN~

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a., Nabi saw bersabda:

“Allah tidak menarik kembali ilmu pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang-orang berpengetahuan (ulama). Apabila orang berpengetahuan telah punah (hilang/lenyap), maka masyarakat akan mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin yang akan dijadikan tempat bertanya. Orang-orang bodoh ini akan berfatwa tanpa ilmu; mereka sesat dan menyesatkan."[Hadis Bukhari 0076]

Penjelasan Hadis : Kemajuan sesuatu umat bergantung kepada jumlah ulama dan orang terpelajarnya, kerana merekalah yang memimpin dan membimbing umat itu. Pemimpin yang bodoh akan memimpin umatnya (masyarakat) menuju kebinasaan.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al Baqarah : Ayat 216)

Tiada ulasan: