Ahad, 19 Januari 2014

Siapa Suka Sangat Baca Buku?

Dengan Lafaz Bismillah dan Salam Sejahtera,

Jika anda, kaki membaca dan suka membaca buku saya cadangkan anda belilah buku ini "ALLAH Tidak Pernah Jauh"  karya Suhana Amiril. Terdapat banyak pengajaran dan kata-kata mutiara yang dapat memberi panduan dan motivasi pada diri kita dalam mengharungi kehidupan sementara ini..Harganya tak lah mahal sangat pon, hanya RM 16.92.
 
  
Sinopsis
Buku ini lebih kepada mengajak kita untuk bermuhasabah atas setiap apa yang berlaku. Apabila berhadapan dengan sesuatu yang DIA hadirkan sebagai ujian, kadangkala kita menjadi lemah tidak berdaya lalu terasa tiada harapan lagi. Padahal sebenarnya, DIA tidak hadirkan sesuatu itu dengan sia-sia.

ALLAH Tidak Pernah Jauh ini mengajak kita merenung diri dan menyeru kepada kebaikan dalam mengharungi kehidupan. Harapannya agar kita tidak mudah terjatuh apabila DIA datangkan ujian. Agar kita lebih redha dan teguh dalam keyakinan terhadap-NYA apabila jiwa terusik dengan lambaian jahiliah akhir zaman.



Naskhah ini menyentuh mengenai kehidupan kita dari pelbagai sudut yang penuh dengan kembara, mehna dan tribulasi. Gaya bahasanya yang santai sesuai sebagai bahan bacaan oleh semua lapisan masyarakat khususnya golongan remaja yang masih berusaha mencantas ranting-ranting kehidupan yang adakalanya sukar difahami.

Dapatkan buku, ALLAH Tidak Pernah Jauh karya Suhana Amiril.

Dapatkan secara online di http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=3466

"Like" Karya Bestari Sdn Bhd dan kongsi
layari web Karya Bestari Sdn Bhd di http://karyabestari.karangkraf.com/

Tiada ulasan: