Selasa, 25 Februari 2014

~Petua Mengelak Diri Dari JENAYAH RAGUT~

Dengan Lafaz Bismillah dan Salam Sejahtera,

Jenayah ragut amat dikuatiri kerana tidak siapa yang ketahui bila dan dimana jenayah ini akan berlaku. Mungkin satu ketika dulu kes-kes ragut dianggap sebagai jenayah kecil yang hanya melibatkan kerugian tidak seberapa. Namun, kini keadaan sudah berubah di mana kes-kes ragut kadangkala bukan sahaja dianggap besar malah kerap meningkat. Tanpa disedari, kes-kes ragut sebenarnya melibatkan jumlah kejadian yang banyak.

Penjenayah ragut selalunya 2 orang lelaki yang menggunakan motosikal dan sasaran mereka adalah wanita, mereka akan memerhatikan keadaan dan mangsa yang nak diragut. Sentiasa mengawasi persekitaran anda. Oh ya, paling penting kalau berdepan jenayah macam ni, Jangan melawan jika beg atau barang kemas anda diragut, beri apa sahaja barangan yang anda ada kerana barangan dan wang ringgit boleh dicari, tapi nyawa ada satu aje. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari segala musibah. Insha Allah.

Berikut adalah Petua Mengelak Diri Dari JENAYAH RAGUT :

  • Menggunakan jalan dan lorong yang sering digunakan oleh orang ramai. Jangan berjalan atau bersiar-siar di tempat gelap.
  • Jika terpaksa keluar di waktu malam perlulah membawa teman atau keluar secara beramai–ramai.
  • Jangan memakai barang kemas yang berlebihan. Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam raga membeli-belah atau di atas kaunter.
  • Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan laluan laulintas.
  • Hendaklah berwaspada selalu, andainya anda merasai seseorang yang mencurigakan mengekori anda, hendaklah dengan segera menuju ke tempat lain.
  • Semasa membeli–belah di tempat yang sibuk perlulah menggenggam beg duit dengan kuat atau sembunyi beg itu di tempat yang tidak terdedah.
  • Berjalan di kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal.
  • Jikalau membawa anak-anak kecil ke bandar, tanggalkan barang-barang kemas yang di pakai olehnya.
  • Jangan berasak-asak apabila menaiki / turun bas, keretapi, panggung wayang atau tempat sesak.
  • Bila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda kenal. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera.
P/s: Kepada semua, berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa dengan jenayah di sekeliling anda terutamanya kaum wanita. Ambil tahu tentang kawasan yang sering berlaku jenayah, jika mempunyai masa terluang belajar teknik pertahanan diri atau sertai program "Self-defence via R.E.S.T"

Tiada ulasan: