ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿
Dalam hidup ini hendak mencapai kejayaan memang tiada jalan pintasnya..Jalan menuju kejayaan sangat payah dan perlukan pengorbanan baik dari segi masa, emosi, wang, titik peluh dan suka duka..Jangan putus asa dan teruskan usaha tanpa jemu dan berdoalah agar dibantu dengan iringan doa yang tak pernah putus..Jangan dengar cakap orang, mereka hanya pandai memberi komen dan melemahkan semangat..dengarkanlah kata hatimu yang berkobar-kobar mengejar impian hidupmu itu..
"DI MANA ADA KEYAKINAN DISITU ADA JALAN." Yakinlah Allah telah menjamin rezeki setiap anak Adam. Dimanakah keyakinan kita pada Allah S.W.T bahawa Dia Al-Razzaq iaitu MAHA MEMBERI REZEKI. Kita hanya berusaha dan terus berusaha melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya dan penuh tanggungjawab melaksanakan urusan yang telah diberi.
Jika awal-awal kita telah menolak peluang kerana takutkan kesusahan, orang lain pula berebut-rebut mengambil peluang dan ruang tersebut.
Saya kagum mendengar cerita seorang ibu berusia 60an yang berusaha untuk mengisi masa lapangnya dengan menghafal ayat-ayat Quran setiap hari. Kerja menghafaz memang memerlukan kesabaran dan semangat yang tinggi. Walaupun satu hari dia menghafaz 3-5 ayat saja, akhirnya dalam masa lima tahun dia telah menghafal seluruh al-Quran. Biarpun lambat, tetapi usahanya membuahkan kejayaan. Bukan mudah menghafaz dalam usia yang telah masuk 60an yang mana sedikit ingat dan banyak lagi lupa..Namun, dia berjaya kerana sikap istiqamahnya yang tak pernah kenal erti putus asa dengan melakukannya secara berterusan dan sabar.
Tetapkanlah matlamat yang ingin kita capai dalam hidup ini. Fikirkan masa depan yang cemerlang..Kita adalah apa yang kita fikirkan pada masa ini. Berpegang teguh pada ayat Al-Quran dan Sunnah agar kita tidak terpesong jauh dari landasan Islam. Bersabarlah jika menghadapi kesusahan, kegagalan atau rintangan kerana Allah S.W.T akan membalas dengan ganjaran pahala kepada insannya yang sabar sebagaimana firmanNya;
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar."(Surah al-Baqarah ayat 2;155)




