Selasa, 16 Oktober 2012

18 SEBAB JIN MERASUK MANUSIA

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

...السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Tanda-tanda Gangguan Ketika Sedar :
  • Sakit Tulang Belakang
  • Sakit Kepala tanpa sebab (klinikal)
  • Sakit bahagian tulang rusuk kiri
  • Istihadah bagi darah yang keluar melebihi 15 hari
  • Terasa sesuatau mengekori dan melintas di belakang anda
  • Sering sesak nafas terutama pada waktu maghrib dan tengah malam
  • Timbul rasa takut tanpa sebab
  • Takut ziarahi Jenazah
  • Dengar Bisikan yang meminta melakukan sesuatu yang dilarang Allah swt seperti Bunuh Diri
  • Ragu-ragu tentang keimanan
  • Rasa seperti hampir menemui ajal

Tanda-tanda Gangguan Jin Ketika Tidur :
  • Seringkali mimpi menakuitkan seperti mahkluk halus
  • Sering di himpit sesuatu ketika tidur
  • Sering kali bermimpi binatang berbisa
  • Mimpi bayi dan kanak-kanak
  • Mimpi jatuh dari tempat  tinggi
  • Mimpi ke tempat kotor,menakutkan dan bunyi
  • Dengar suara yang datang menyergah ketika tidur
  • Rasa sesuatau yang menyentap kaki ketika mata hampir terlelap
  • Sukar untuk tidur waktu malam
  • Terdapat kesan lebam ketika bangun dari Tidur
Maksud Jin Dalam ISLAM
'Jin'ﻦﻲﺟ (jinnie) atau (genie) merupakan sejenis makhluk halus yang dicipta dari api. Jin berbeza dengan malaikat. Malaikat semuanya beriman, sedangkan jin ada yang beriman dan ada yang kafir dan seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah dan sebahagian yang ingkar dengan perintah Allah. Begitu juga dengan kewajipan jin seperti juga dengan manusia.

Surah al-Dzariyat : ayat 56
"Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)".

Surah al-an'am : ayat 130
"Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dan golongan mu sendiri, yang menyampaikan kepadamu tentang ayat-ayat Ku dan membei peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata : Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri, kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang kafir".

Di antara jin ada yang mendengar Al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w. kemudian mereka menyampaikan apa yang didengarkan kepada kaumnya. Sebahagian kamunya itu ada yang percaya dengan apa yang disampaikan oleh kawannya itu. Sedangkan sebahagian yang lain tidak mempercayainya. Mereka yang percaya akan memperoleh pahala, sedangkan yang tidak percaya dan menginkarinya akan diseksa di neraka kelak.Rujukan :

Surah al-a'raf : ayat 179
"Dan sesungguhnya, telah kami ciptakan untuk isi Neraka jahannam kebanyak dari jin dan manusia (mereka yang kafir)"


Tiada ulasan: