Sabtu, 6 Oktober 2012

RASULULLAH PENGSAN BILA DIBICARAKAN GAMBARAN ISI NERAKA

                                   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


YAZID Arraqqasyi daripada Anas bin Malik r.a berkata: Suatu hari Malaikat Jibril datang menemui Nabi Muhammad s.a.w dalam keadaan wajahnya begitu berbeza sakali. Maka Nabi bertanya: "Wahai Jibril, mengapa aku melihat mukamu berlainan benar?

Jawab Jibril: "Wahai Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah meyuruh supaya dikobarkan nyalaan api neraka, maka ketika ini tidak layaklah bagi orang yang sudah mengetahui bahawa Neraka Jahannam itu benar, dan seksaan Allah itu amat pedih, untuk bersuka-suka sebelum mereka berasa selamat daripadaya."

Lalu Nabi bersabda: "Jelaskan padaku sifat Jahannam itu."
Ucap Jibril: "Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun lagi sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyalaan dan baranya.

"Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andainya Neraka Jahannam itu terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan terbakarlah seluruh penduduk dunia ini kerana panasnya.

"Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andainya sehelai baju ahli bumi, nescaya akan matilah penduduk bumi kerana panas dan bahangnya.

"Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andainya satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh.

"Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakarlah orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam, perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah, manakala pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu daripada orang lelaki dan perempuan."

Nabi bertanya: "Wahai Jibril, apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawab malaikat itu: "Tidak, tetapi selalu terbuka. Setengahnya di bawah daripada yang lainya, dari pintu ke pintu jarak perjalanannya 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas daripada yang lain 70 kali ganda." (Yang lebih bawah lebih panas).
Tanya Rasulullah s.a.w: "Siapakah penduduk masing-masing pintu itu?"

Jawab Jibril: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang kafir setelah diturunkan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun yang bernama Al-Hawiyah. Pintu kedua, tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga, tempat orang shobi'in bernama Saqar.

"Pintu keempat, tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha. Pintu kelima, orang Yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam, tempat orang Nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibril diam seperti segan kepada nabi sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan kepadaku siapa pintu ketujuh?"

Jawab Jibril: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar daripada kalangan umatmu yang sampai mati belm sempat bertaubat."

Maka Nabi jatuuh pengsan ketika mendengar keterangan itu. Malaikat Jibril pun meletakkan kepala baginda di pangkuannya sehingga sedar kembali. Sesudah sedar, Nabi bersabda: "Wahai Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedih perasaanku. Apakah ada seorang daripada umatku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawab Jibril: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar daripada umatmu."


Mendengar jawapan itu, nabi pun menangis teresak-esak, begitu juga dengan Jibril. Kemudian, Nabi masuk kedalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untk sembahyang, Nabi selalu menangis dan berdoa kepada Allah untuk keselamatan umatnya.



✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Tiada ulasan: