Selasa, 5 Februari 2013

SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿

Sesungguhnya seseorang muslim yang beriman itu tidak akan sesat selagi berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah ( Hadis ) Rasullullah SAW. Sesiapa yang bercanggah tentang sesuatu perkara dan hilang pedoman, kembalilah pada Al-Quran dan Hadis Rasullulah, nescaya engkau pasti selamat. Semakin dekat hari Kiamat itu, maka manusia akan semakin hilang pedoman, maka Al-Quran dan Hadis Rasullullah lah yang akan membantu. Sabda Rasulullah s.a.w.;

تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى

yang bermaksud:"Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku"

Berkata-kata tentang sunnah Baginda SAW, apakah ia sunnah-sunnah utama:

♥ Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjud malamnya.

♥ Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

♥ Ketiga: Solat di masjid terutama di waktu Subuh dan Asar.

♥ Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

♥ Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah S.W.T. menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

♥ Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah S.W.T. menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

♥ Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat untuk menghapus dosa. Ketahuilah dosa-dosa kita buat akan menjauhkan kita dari Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

Wallahua’lam..

Tiada ulasan: