Khamis, 7 Mac 2013

~APABILA SERBA TAK KENA~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿
Apabila semuanya serba tak kena, dan apabila tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat.
Ingatlah! kamu masih boleh bersandar kepada Dia yang maha mengasihi... 
Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya salah dan silap.
Carilah sinar itu dariNya yang memberi cahaya... 

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada siapa yang mengambil peduli.
Ingatlah! pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu... 
Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu.
Janganlah berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya... 

Apabila lemah tidak bermaya. Sedangkan perjalanan masih jauh yang perlu diharungi.
Carilah kekuatan itu daripadaNya yang maha kuasa... 
Apabila hidup ini dirasakan seperti beban dan segalanya goyah. 
Bangunkanlah semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradahNya...

Apabila jalan dihadapan digelapi mendung. Sedangkan tiada siapa di sisi sudi menemanimu.
Carilah jalan lurus itu daripadaNya yang menjadi satu-satu panduan hidup... 
Apabila orang disekeliling tidak mahu mendengar suaramu dan keluhanmu.
Jangan kecewa kerana Dia maha mendengar... 

Apabila miskin dan papa, terperangkap dalam keperitan.
Ingatlah! kepadaNya yang maha kaya...
Apabila kamu dalam kesedihan, sedangkan tiada tempat untuk melepaskan.
Mengadulah kepadaNya yang maha satu... 

Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya.
Serahkan dirimu kepadaNya satu-satunya tempat yang hak bergantung harap... 
Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi. Hatimu dicakari kebimbangan.
Ingatlah! bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar... 

Bila jiwa resah, kelam dan tak selamat. Memberontak di dalam kotak hati. 
Kerna penuh dengan sengsara. Sikap dan sifat yang tak bertawakal.
Akibat jauh dari pegangan, lepaskan lah jauh-jauh perasaan itu. 
Agar dapat kamu fahami erti bersyukur dan bahagia di redhaiNya...

Oh..pejamkanlah matamu, muhasabah seketika. Agar kamu tahu akan dirimu sebenar. 
Menghembus udara keresahan. Agar lapang jiwa nan sempit, bebas hati yang tersepit... 

Dan akhirnya kamu akan rasa. Ketenangan...Keamanan...Kedamaian... 
Yang diberikan Oleh Allah s.w.t. Tuhan seluruh alam.
Di dalam solat dan doa yang khusukmu itu. 

Alhamdullilah...(Segala Puji Bagi Allah s.w.t.)

Tiada ulasan: