ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿
ISTERIKU,jika suatu saat aku memarahimu, berilah senyuman kerana mungkin saat itu aku terlelah dengan keseharianku,dan aku yakin senyumanmu adalah penyejuk hatiku, kasih jika suatu saat nanti aku mengacuhkanmu,hiburlah aku kerana mungkin aku perlukan candamu setelah seharian dalam kesendirianku mencari nafkah untukmu, isteriku jika suatu saat kau melihatku sangat lelah,cukuplah kau mengambilkan air putih untuku, istriku jika suatu saat aku salah dalam memimpin, maka ingatkan aku kerana kau adalah penasihat sejatiku.
Isteriku jika suatu saat aku pulang mencari nafkah seharian tapi tidak mendapatkan hasil, maka berilah aku senyuman kerana aku telah semaksima mencari nafkah untukmu dan support aku dengan kata-kata manismu bahwa hari ini Allah swt belum memberikan kita rezeki walau banting tulang aku mencarinya, isteriku bila suatu malam aku terlelap kerana mungkin terlalu letih seharian mencari nafkah maka bangunkan aku dan aku takan memarahimu kerana itu sudah tanggungjawabku sebagai suamimu.
Isteriku jika suatu saat aku lalai dalam solat malam, maka bangunkan aku biar kita sama sama bermuraqabah terhadap Allah swt yang telah menyatukan kita, isteriku apa yang ada di dalam hatimu curahkan semua padaku kerana aku sangat bahagia mendengar asamu, menjadi sandaran sedihmu, menjadi cahaya di kegelapanmu,dan jika suatu saat aku pulang bekerja dan kau lupa memberikan senyuman untukku, janganlah merasa bersalah, kerana aku maklumi keletihanmu seharian dalam mengurus rumah tangga kita.
Isteriku jika suatu saat aku pulang kau lupa memasak makanan untukku, jangan merasa bersalah kerana aku memaklumimu dan cukuplah aku minum air putih untuk menghiburkan kelaparanku dan izinkan aku memasak sebagai tanda kasih sayangku, jika suatu saat aku mencucikan bajumu jangan merasa bersalah kerana aku bahagia telah boleh membantu beban keseharianmu, isteriku kau adalah harapanku dalam mencari keredhaan-Nya, kau adalah hidupku, kau adalah cinta sejatiku, semua asaku untukmu, semua rinduku milikmu, dan jika suatu saat aku pergi meninggalkanmu maka ingatlah satu hal dariku, bahwa CINTAKU dari dahulu, kemarin sekarang esok, lusa dan sampai bila2 pun hanya akan menjadi milikmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan