Memaparkan catatan dengan label Panduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Panduan. Papar semua catatan

Selasa, 25 Februari 2014

~Petua Mengelak Diri Dari JENAYAH RAGUT~

Dengan Lafaz Bismillah dan Salam Sejahtera,

Jenayah ragut amat dikuatiri kerana tidak siapa yang ketahui bila dan dimana jenayah ini akan berlaku. Mungkin satu ketika dulu kes-kes ragut dianggap sebagai jenayah kecil yang hanya melibatkan kerugian tidak seberapa. Namun, kini keadaan sudah berubah di mana kes-kes ragut kadangkala bukan sahaja dianggap besar malah kerap meningkat. Tanpa disedari, kes-kes ragut sebenarnya melibatkan jumlah kejadian yang banyak.

Penjenayah ragut selalunya 2 orang lelaki yang menggunakan motosikal dan sasaran mereka adalah wanita, mereka akan memerhatikan keadaan dan mangsa yang nak diragut. Sentiasa mengawasi persekitaran anda. Oh ya, paling penting kalau berdepan jenayah macam ni, Jangan melawan jika beg atau barang kemas anda diragut, beri apa sahaja barangan yang anda ada kerana barangan dan wang ringgit boleh dicari, tapi nyawa ada satu aje. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari segala musibah. Insha Allah.

Berikut adalah Petua Mengelak Diri Dari JENAYAH RAGUT :

  • Menggunakan jalan dan lorong yang sering digunakan oleh orang ramai. Jangan berjalan atau bersiar-siar di tempat gelap.
  • Jika terpaksa keluar di waktu malam perlulah membawa teman atau keluar secara beramai–ramai.
  • Jangan memakai barang kemas yang berlebihan. Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam raga membeli-belah atau di atas kaunter.
  • Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan laluan laulintas.
  • Hendaklah berwaspada selalu, andainya anda merasai seseorang yang mencurigakan mengekori anda, hendaklah dengan segera menuju ke tempat lain.
  • Semasa membeli–belah di tempat yang sibuk perlulah menggenggam beg duit dengan kuat atau sembunyi beg itu di tempat yang tidak terdedah.
  • Berjalan di kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal.
  • Jikalau membawa anak-anak kecil ke bandar, tanggalkan barang-barang kemas yang di pakai olehnya.
  • Jangan berasak-asak apabila menaiki / turun bas, keretapi, panggung wayang atau tempat sesak.
  • Bila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda kenal. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera.
P/s: Kepada semua, berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa dengan jenayah di sekeliling anda terutamanya kaum wanita. Ambil tahu tentang kawasan yang sering berlaku jenayah, jika mempunyai masa terluang belajar teknik pertahanan diri atau sertai program "Self-defence via R.E.S.T"

Isnin, 24 Februari 2014

Rabu, 19 Februari 2014

~Step By Step Menunaikan Solat Istikharah~


Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.
Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.
Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.
.
Tata Cara Solat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.
Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”
Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
.
doa solat istikharah
.
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

p/s: Jika masih ragu-ragu mengenai petunjuk istikharah berkenaan,lakukan berkali-kali dengan sepenuh ikhlas sehingga anda merasa tenang, buat pilihan itu sebaiknya serta redha dengan ketentuan Allah. 

Isnin, 7 Oktober 2013

~50 AmaLaN TeRBaiK DaLaM HiDuP~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿

   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   


✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿

Rabu, 3 April 2013

~BeRHiJRaH KeRaNa ALLAH S.W.T~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   
✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿
Allah menuntut agar kita berubah..iaitu berubah kearah kebaikkan..
Allah menuntut agar kita sentiasa mengingatiNya selalu..
Allah mahukan kita berubah kepadaNya agar kita selamat dunia dan akhirat..

HATI INI URUSAN ALLAH..
Berubahlah walaupun sedikit demi sedikit walaupun bukan secara sepenuhnya.
Perubahan sejengkal..akan merasa nikmat satu hasta.
Perubahan satu hasta..akan mendapat nikmat satu depa.
Apa yang akan kita terima akan lebih diredhai, akan lebih bererti jika kita berubah DEMI Allah..

Beribu-ribu kali dah kita buat silap, tidak pernah pun kita benci dekat diri sendri.
Tapi bila org lain buat silap, baru sekali, sudah benci dan pendam dendam itu seumur hidup. Tapis mata kita. Pandang kelemahan diri dan perhatikan kebaikan orang lain bukan sebaliknya. Kerana disebalik itu ada teguran dan petunjuk Allah bagi untuk menyedarkan kita..

Kita selalu merasakan orang lain lebih bahagia daripada kita, kerana hidup mereka penuh warna dan ceria, sedang hidup kita seringkali berkalut derita. Sedangkan hakikatnya kitalah orang yang paling bahagia, jika kita sabar dan menerima ujian hidup seadanya. Mereka yang setiap hari bergelak tawa, belum tentu tidak lalai hati mereka dari mengingati-Nya.

Bahagia itu sebenarnya apabila kita menangis kerana Allah, ketawa kerana Allah, bersyukur kepada Allah dan bersabar kerana Allah. Itulah hakikat bahagia..Usahlah terlalu risau memikirkan perihal jodoh, kerana segalanya sudah di tetapkan sejak dahulu, tercatat segalanya di luh mahfuz seorang pasangan sesuai buat kita, jauh jarak beribu batu sekalipun sampai waktu kan bertemu. walau perpisahan yang berlaku akan berakhir dengan pertemuan yang baru.

Namun, jika tiada jodoh dengannya, andai sudah disatu dengan cinta, diikat dengan pertunangan dan telah ditetapkan tarikh pernikahan,segalanya akan terhalang..sedangkan yang berkahwin jua mengalami perceraian. Oleh itu, sudahi air mata, yakini takdir, setiap yang berlaku bersama hikmah yang tertentu.