Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Mac 2014

~ Marilah! Bersama-sama Menanam Sifat Mahmudah Dalam Diri Kita ~

BAGAIMANA MENANAM SIFAT MAHMUDAH DALAM DIRI DAN MENGIKIS SIFAT MAZMUMAH DARI DIRI?

  • Fahami ape itu sifat mahmudah dan sifat mazmumah
  • Mengenali apa itu sifat mahmudah dan mazmumah
  • Mencari punca sifat mahmudah dan mazmumah
  • Mengetahui implikasi memiliki sifat mazmumah
  • Dalami hadis-hadis dan potongan ayat-ayat Al-Quran mengenai kaifiat memiliki sifat mahmudah dan balasan memiliki sifat mazmumah
  • Buat Self "screening" untuk identify sifat mazmumah yang ade
  • Buat Checklist untuk menanam sifat mahmudah dalam diri

1.Pertama sekali: Fahami apa itu sifat mahmudah dan sifat mazmumah?

Perkataan “Sifat” itu membawa maksud kelakuan, tindakan, akhlak, aktiviti fizikal dan hati.
Manakala perkataan Mahmudah itu daripada perkataan arab حمد yang bermaksud mulia. Iaitu sesuatu yang dianggap dan dizahirkan sebagai yang terpuji dan cantik pada pandangan mata dan hati manusia secara fitrah dan estetika.  Sifat Mahmudah itu boleh dicontohi melalui sifat Rasul kita محمد yang bererti yang mulia.

Sebaliknya perkataan Mazmumah itu daripada perkataan arab حمم yang bermaksud keji. Iaitu membawa makna yang terkeji, dibenci, dihina, dimarahi, dipulau dan sebagainya oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Setiap amalan sifat-sifat mahmudah akan memberi impak dan implikasi yang mahmudah (positif) kepada diri dan persekitaran pelakunya, manakala amalan sifat-sifat mazmumah sudah pasti memberi kesan yang mazmumah (negatif) dan sangat buruk kepada semua.

Penentuan dan pembezaan hakiki kedua-dua sifat tersebut terletak pada naluri dan fitrah manusia yang suci yang berlandaskan Al-quran dan As-sunnah sahaja.

2.Keduanya: Perlu nya mengenali apa itu sifat mahmudah dan sifat mazmumah?

Sifat-sifat mahmudah dan mazmumah telah disebut dalam Al-Quran dan juga dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Sifat-sifat ini juga telah diulas oleh imam-imam dan sebagai contoh untuk mengenali sifat-sifat mahmudah dan mazmumah, Jadual 1 dibawah ialah senarai sifat-sifat mahmudah dan mazmumah melalui kupasan Imam Al-Ghazali dalam kitabnya berjudul Arbain fi Usuluddin.

Melalui kitab ini, Imam Al-Ghazali telah menyentuh mengenai 10 jenis sifat mahmudah dan 10 jenis sifat mazmumah. Dengan mengenali sifat-sifat mahmudah dan mazmumah ini, kita dapat “mengenali@menyiasat@menyelidik@mentarbiah” diri kita. 

Jadual ini boleh dijadikan checklist untuk meng“assess” diri akan adanya sifat-sifat mahmudah maupun mazmumah. Walaubagaimanapun, ilmu itu kunci kepada sesuatu kejayaan, maka, hendaklah berusaha mencari bahan bacaan maupun nasihat dari yang lebih berpengetahuan mengenai kupasan setiap jenis sifat mahmudah dan mazmumah itu. 

3. Ketiganya: Mencari punca sifat mahmudah dan sifat mazmumah?
Sesudah mengenali diri dengan menyenaraikan sifat-sifat mahmudah dan mazmumah, perlunya juga ada pengetahuan tentang kenapanya wujud sifat-sifat mahmudah dan mazmumah dalam diri. Kerana melalui punca-punca inilah dapat membentuk diri dengan sifat mahmudah dan dapat mengikis sifat-sifat mazmumah dalam diri.

Jadual 2 dibawah ialah punca-punca dosa yang melibatkan sifat-sifat mazmumah yang dikupas oleh Imam Al-Ghazali dalam Buku Menjelang Hidayah: Mukaddimah Ihya Ulumiddin.


Sifat-sifat Mazmumah ini berpunca daripada tubuh badan dan juga jiwa.  Jadi, melalui jadual ini juga, boleh menilai sifat-sifat diri dengan lebih terperinci.

Jadual 3 ialah senarai-senarai punca-punca yang boleh menggilapkan sifat-sifat mahmudah. Ada ilmu tentang hati atau roh. Tujuannya untuk mengenal sifat-sifat hati yang positif dan yang negatif. Kalau tidak ada ilmu tentangnya, sifat-sifat mazmumah tidak akan dapat dikesan. Apalagi untuk ditumpaskan. Begitu juga dengan sifat-sifat mahmudahnya tidak akan dapat dikesan untuk disuburkan.


4. Mencari implikasi memiliki sifat mazmumah dan jika tidak dikikis

  • Jika sifat mazmumah itu tidak dijaga, maka ia boleh menghapuskan semua sifat mahmudah yang sedia ada.
  • Hidup akan dibenci masyarakat sekeliling.
  • Tidak mendapat redha dan rahmat Allah
  • Berdosa pada Allah dan berbakti kepada Syaitonirrajim.

5. Hadis dan Al-Quran Mengenai sifat mazmumah dan sifat mahmudah.

"Akhlak yang baik dapat menghapuskan kesalahan, bagaikan air yang menghancurkan tanah yang keras. Dan akhlak jahat merosak amal, seperti cuka merosak manisnya madu.". (H. R. Baihaqi)

 "Hijrah terbaik ialah hijrah dari keburukan, dan pejuang terbaik ialah orang yang melawan hawa nafsunya.". (Shahih Al-Bukhari)

"Tiga hal yang merosak ialah memperturutkan sifat kikir, hawa nafsu dan bangga diri.". (Shahih Muslim)

"Kedengkian melahap habis amal saleh sebagaimana api melahap habis kayu." (Abu Dawud)

6. Screening sifat-sifat mazmumah dalam diri? 


Task yang keempat ni ialah menganalisa diri atau “checklist untuk muhasabah diri”. Disini disediakan a simple checklist untuk “screen” sifat-sifat mazmudah dalam diri.

Senarai sifat-sifat mahmudah yang boleh dipupuk dalam diri?

Wallahu a'lam


Khamis, 13 Mac 2014

~ 10 Sifat Mahmudah Dan Mazmumah Menurut Imam AL-GHAZALI ~

Ilmu Tasawuf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela.

Ilmu Tasawuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah. Antara syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainnah ialah banyak bersabar serta banyak melalui penderitaan.

Imam Al-Ghazali r.a telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah (Terpuji) di dalam kitab 'Arbain Fi Usuluddin. Sifat mahmudah adalah sifat yang terpuji yang dituntut oleh Islam supaya diamalkan oleh umatnya. Sifat-sifat  utama yang tergolong dalam sifat-sifat yang mahmudah ialah:


1) TAUBAT (Membersihkan Hati)

2) KHAUF (Takut kepada Allah)

3) MUHABBAH (Kasih Sayang sentiasa ingat kepada Allah)

4) ZUHUD (Menggunakan nikmat dunia sekadar yang perlu)

5) SABAR (Menahan diri daripada keluh kesah pada suatu musibah)

6) SYUKUR (Memuji setiap nikmat daripada Allah)

7) IKHLAS (Setiap perbuatan diniatkan untuk keredhaan Allah )

8) TAWAKAL (Menyerah diri sepenuhnya kepada Allah)

9) REDHA (Tenang hati terhadap apa yang datang daripada Allah)

10) ZIKRULMAUT (Sentiasa ingat mati dan memperlengkapkan diri untuknya)

Imam  Al-Ghazali juga menggariskan sepuluh sifat Mazmumah (Tercela) di dalam kitab tersebut iaitu:

1) Banyak Makan

2) Banyak Bercakap

3) Marah

4) Hasad

5) Bakhil

6) Cintakan Kemegahan

7) Cinta Dunia

8) Bangga Diri

9) Ujub (Hairan Diri)

10) Riya' (Menunjuk-nunjuk).

Semoga Allah S.W.T. menggantikan sifat Mazmumah dalam diri kita dengan sifat Mahmudah. In Shaa Allah..Aamiin.

P/s: Hargai dan sayangilah diri kita sendiri, kerana tiada sesiapa yang akan menghargai sebelum kita.

Rabu, 12 Mac 2014

~Dakwah Kreatif Era Baru -Muslim Show ~

Dengan Lafaz Bismillah dan Salam Sejahtera,

Saya amat tertarik dengan pendekatan yang dibuat oleh Muslim Show Ala Malaysian di facebook, kombinasi cerita melalui kartun. Bagi saya ini adalah cara dakwah yang kreatif dan menarik. Ia juga banyak memberi pengajaran dan motivasi dalam kehidupan. 
Selain itu, The Muslim Show akan mengadakan satu Seminar pada hari SABTU 22-MAC-2014. Kepada sesiapa yang berminat menghadiri SEMINAR THE MUSLIM SHOW : Dakwah Kreatif Era Baru boleh daftar sekarang: Daftar SeminarPenampilan istimewa The Muslim Show, dibawakan khas dari Perancis. Tokoh ilmuwan dan selebriti tanah air juga dihimpunkan dalam satu seminar, berbicara tentang dakwah kreatif era baru.
SEMINAR THE MUSLIM SHOW : Dakwah Kreatif Era Baru

Ahad, 26 Mei 2013

~HaRaPaN HaRi eSoK~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿

Belajar hari ini...Miliki impian untuk hari esok. 
Yang penting jangan pernah berhenti untuk berusaha..


Khamis, 11 April 2013

~NaSiHaT AL-GHaZaLi BaGi MeNCaPai KeBaHaGiaaN DuNia & AKHiRaT~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   
 
✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿
WAHAI ANAKKU:

Antara nasihat Rasulullah s.a.w. kepada umatnya :

“Tanda Allah membenci seseorang hamba-Nya, dia akan sentiasa sibuk dengan perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, Sesungguhnya sesaat umur yang pergi tanpa digunakan dalam ibadah, pasti membuatkan manusia menyesal pada kemudian hari. Sesiapa yang telah mencapai umur 40 tahun, sedangkan amalan kebaikan terlalu sedikit dibandingkan dengan kejahatan yang dilakukannya, maka bersedialah untuk ke neraka.”

WAHAI ANAKKU:

Memberi nasihat sememangnya mudah, yang sukar ialah untuk menerimanya. Nasihat amat pahit bagi manusia yang mengikut hawa nafsu. Mereka lebih senang dengan perkara-perkara yang terlarang. Ada manusia yang menganggap ilmu yang ada sudah memadai untuk memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Oleh itu tidak perlu lagi beramal dengan ilmu yang ada. Sebenarnya ini adalah pandangan sesat ahli-ahli fasafah. Subhanallah! Tidakkah mereka tahu orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya itu maka ilmu sendiri akan mendakwanya di akhirat nanti?

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Manusia yang paling teruk diazab pada hari kiamat ialah orang yang berilmu tetapi tidak memanfaatkan ilmunya.”

Rabu, 3 April 2013

~BeRHiJRaH KeRaNa ALLAH S.W.T~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   
✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿
Allah menuntut agar kita berubah..iaitu berubah kearah kebaikkan..
Allah menuntut agar kita sentiasa mengingatiNya selalu..
Allah mahukan kita berubah kepadaNya agar kita selamat dunia dan akhirat..

HATI INI URUSAN ALLAH..
Berubahlah walaupun sedikit demi sedikit walaupun bukan secara sepenuhnya.
Perubahan sejengkal..akan merasa nikmat satu hasta.
Perubahan satu hasta..akan mendapat nikmat satu depa.
Apa yang akan kita terima akan lebih diredhai, akan lebih bererti jika kita berubah DEMI Allah..

Beribu-ribu kali dah kita buat silap, tidak pernah pun kita benci dekat diri sendri.
Tapi bila org lain buat silap, baru sekali, sudah benci dan pendam dendam itu seumur hidup. Tapis mata kita. Pandang kelemahan diri dan perhatikan kebaikan orang lain bukan sebaliknya. Kerana disebalik itu ada teguran dan petunjuk Allah bagi untuk menyedarkan kita..

Kita selalu merasakan orang lain lebih bahagia daripada kita, kerana hidup mereka penuh warna dan ceria, sedang hidup kita seringkali berkalut derita. Sedangkan hakikatnya kitalah orang yang paling bahagia, jika kita sabar dan menerima ujian hidup seadanya. Mereka yang setiap hari bergelak tawa, belum tentu tidak lalai hati mereka dari mengingati-Nya.

Bahagia itu sebenarnya apabila kita menangis kerana Allah, ketawa kerana Allah, bersyukur kepada Allah dan bersabar kerana Allah. Itulah hakikat bahagia..Usahlah terlalu risau memikirkan perihal jodoh, kerana segalanya sudah di tetapkan sejak dahulu, tercatat segalanya di luh mahfuz seorang pasangan sesuai buat kita, jauh jarak beribu batu sekalipun sampai waktu kan bertemu. walau perpisahan yang berlaku akan berakhir dengan pertemuan yang baru.

Namun, jika tiada jodoh dengannya, andai sudah disatu dengan cinta, diikat dengan pertunangan dan telah ditetapkan tarikh pernikahan,segalanya akan terhalang..sedangkan yang berkahwin jua mengalami perceraian. Oleh itu, sudahi air mata, yakini takdir, setiap yang berlaku bersama hikmah yang tertentu.

Sabtu, 26 Januari 2013

Kisah Benar 1: TAWAKAL KEPADA ALLAH SWT

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿
Kisah ini diceritakan sendiri oleh Atha' bin Al-Azraq. Pada suatu hari isteri Atha' menyuruhnya pergi ke pasar untuk membeli gandum kerana gandum di rumahnya telah habis. Setelah isterinya memberi wang sebanyak 2 dirham, Atha' mengambil karung guni dan berjalan menuju ke pasar.

Jumaat, 11 Januari 2013

IKTIBAR DARI POHON PISANG

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿


Seperti yang kita semua ketahui..iktibar adalah salah satu contoh pengajaran, untuk kita pelajari, selalunya berusur teladan dalam kehidupan seharian..iktibar juga dapat mengajar kita lebih berhati-hati dan berubah daripada kesilapan..

Isnin, 10 Disember 2012

7 SIFAT SEJATI SEORANG MUSLIM

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿

Seseorang yang memiliki sifat sejati seorang muslim akan membuahkan nilai-nilai yang luhur dan mengandungi ibadah. Di antara sikap hidup seorang muslim yang terdapat dalam hadis qudsi ada tujuh sikap, sekaligus melengkapi dari sifat-sifat seorang muslim yang sudah disebutkan di atas, iaitu :

Rabu, 21 November 2012

BERANI untuk BERUBAH!!!

   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿


"you can't change you future, but you can change your habits and surely your habits will change your future.."

Jumaat, 12 Oktober 2012

JANGAN RISAU TIDAK SEMENA-MENA

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

...السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Jika kita ada terdengar kisah seorang yang berjaya dalam hidupnya, akan ada juga kisah seorang individu yang kecundang dalam usahanya. Jika seorang pelajar mendapat 10A, ada ramai lagi yang tidak mendapat satu A sekalipun. Turun naik hidup yang tidak menentu menyebabkan ramai yang mengambil jalan mudah - jika sudah tidak berjaya, salahkan sahaja nasib yang sudah menjadi ketentuan! "Itu salah nasib, Itu kehendak takdir. Itu bukan salah saya". Mungkin ya, jika pada waktu itu pelajar tersebut kurang sihat dan tidak dapat belajar dengan baik.