Memaparkan catatan dengan label Dunia & Akhirat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia & Akhirat. Papar semua catatan

Selasa, 8 April 2014

~Kebenaraan Azab Allah S.W.T.~


Video Yang Cukup Memberi Pengajaran !

Allahurabbi ! Betapa gerun akan azab Allah , mungkin kejadian sebegini tidak dirasakan kerana berlaku di negara orang lain dan tidak berlaku di negara kita.

Tetapi sanggupkah kita andai Allah turunkan bala di negara kita , Muhasabah Diri dan peringatan , Sesungguhnya Amat Besar Azab Allah pada orang yang Kufur akan nikmatnya.

DALAM pengertian keagamaan, hukuman yang ditimpakan kepada seseorang sebagai akibat daripada perbuatannya disebut azab. Hukuman itu sendiri terbahagi kepada dua, iaitu yang berasal daripada Allah SWT dan yang dilakukan oleh suatu golongan terhadap golongan lain.

Contoh hukuman daripada Allah SWT adalah hukuman yang ditimpakan kepada Firaun dan para pengikutnya agar mereka menyedari kekeliruannya dan kembali ke jalan yang benar. (maksud al-Quran, surah az-Zukhruf, ayat 48). Contoh hukuman daripada suatu golongan kepada golongan yang lain adalah seksaan yang dilakukan Firaun serta para pengikutnya terhadap Bani Israel dan pembunuhan semua bayi lelaki mereka. (al-Baqarah: 49, al-'Araaf: 141, Ibrahim: 6 dan ad-Dukhaan: 30-31)

Dalam al-Quran dijelaskan bentuk dan sebab azab. Contoh sebab azab kerana kafir kepada Allah SWT diterangkan dalam surah al-Anfal ayat 35, dan mendustakan ayat-ayat Allah SWT dalam surah al-'Araaf ayat 36-39.

Salah satu contoh bentuk azab Allah SWT di neraka adalah minuman daripada air yang sedang mendidih. Ini terdapat dalam surah al-An'am ayat 70.

Pada umumnya, kaum Asy'ariyah (penganut aliran Asy'ariyah) meyakini adanya azab Allah SWT yang ditimpakan kepada manusia ketika masih berada di dunia ini. Dalam al-Quran dikisahkan adanya azab dalam pelbagai bentuk bencana alam.

Bangsa-bangsa terdahulu yang ingkar atau zalim tertimpa bencana itu, misalnya angin kencang yang amat dingin dan membinasakan kaum Ad (al-Haqqah: 6)

Nabi Hud AS diutus Allah SWT untuk memberi peringatan kepada kaum Ad yang sesat (al-Ahqaf: 21) kerana mereka menyembah objek lain selain Allah SWT.

Mereka tidak mahu mendengarkan Nabi Hud dan tetap membangkang. Akhirnya, Allah SWT menurunkan azab kepada kaum Ad dalam dua tahap. Salah satu azabnya berupa kekeringan atau kemarau yang sangat dahsyat.

Sebelum bencana banjir diturunkan, Nabi Nuh AS sudah mengingatkan umatnya akan azab Allah SWT. Namun mereka tetap membangkang dan menolak ajakan Nabi Nuh AS. Akhirnya bencana banjir besar ditimpakan kepada kaum Nabi Nuh AS kerana mereka berbuat zalim. Atas perintah Allah SWT, Nabi Nuh AS dan kaumnya yang bertakwa membina bahtera besar agar mereka terhindar daripada bencana bah (banjir besar).

Menurut tafsir Ibnu Katsir, ada dua pendapat tentang azab kubur. Pertama, menyatakan bahawa azab kubur berbentuk penyeksaan secara fizikal, sedangkan yang kedua berpendapat bahawa azab kubur hanya merupakan pengalaman rohani. Meskipun demikian, tidak semua ulama, terutama ulama moden, berpendapat bahawa azab kubur itu ada. Sebahagian daripada mereka tidak percaya akan adanya azab kubur.

Para ahli ilmu kalam berpendapat bahawa azab di akhirat berlaku secara fizikal. Hal ini didasarkan pada keyakinan mereka tentang adanya kebangkitan jasmani seperti dinyatakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancur luluh? Katakanlah: Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali pertama. (Yaasin: 78-79)

Kaum sufi menolak kebangkitan (dibangunkan kembali) jasmani. Menurut mereka, jasmani bersifat sementara. Apa yang akan dibangkitkan (dibangunkan kembali) di akhirat adalah rohani. Oleh hal yang demikian itu, azab akhirat itu bersifat rohani.

Ya Allah Peliharalah Hati Kami ini pada jalan yang benar .. aamiin.

Sumber : Utusan Online

Isnin, 7 April 2014

~Kemungkaran di Kota Kuala Lumpur~



SHEIKH Muhammad Abu Zahrah berkata: "Selepas Allah SWT mengarahkan orang Islam supaya berpegang dengan tali Allah SWT iaitu al-Quran al-Qarim dan jangan berpecah-belah lantas Allah menerangkan jalan dan cara untuk berpegang iaitu kesatuan dan juga pelaksanaan amar makruf nahi mungkar." Oleh yang demikian Allah SWT fardukannya dengan ayat di atas.

Iktibar dan fiqh ayat:

i). Kalimah lam (pada perkataan waltakum adalah lam perintah). Yakni hendaklah terdapat di kalangan kamu satu kumpulan yang menyeru ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.
Ayat ini mengandungi perintah menyeru kepada kebaikan. Ditafsirkan oleh sebahagian ulama seperti berikut. Kalimah man di dalam ayat ini dinamakan litab'ngid ertinya untuk sebahagian.

Jelasnya perintah menyeru kepada kebaikan di sini bukanlah ditumpukan hanya kepada sebahagian umat Islam sahaja, tetapi ditumpukan kepada setiap umat Islam yang mukalaf berdasarkan firman Allah SWT (Terjemahan: surah al-Imran: 110) Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

Maka berdasarkan ayat ini wajiblah atas setiap umat Islam yang mukalaf itu melaksanakan al-Amr Makruf al-Nahi al-Munkar iaitu menyuruh mengerjakan kebajikan dan melarang berbuat kejahatan.

ii). Adapun cara melarang berbuat kejahatan atau mungkar itu sama ada dengan tangannya yakni tindakan keras, atau lisannya dengan memberikan nasihat atau sekurang-kurangnya mengingkarkan dengan hati.

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya. Yang demikian itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman. (riwayat Muslim )

iii). Cara mengubah mungkar ada tiga jenis:
Mengubah dengan tangan iaitu menggunakan kekuatan atau kekuasaan orang menurut cara yang lebih berkesan. Bukan dengan cara yang membawa pertumpahan darah atau menimbulkan kekacauan yang lebih dahsyat bencananya dari perbuatan mungkar itu sendiri.

Mengubah dengan lidah setelah tidak dapat gunakan tangan. Ini dibolehkan jika ada faedah atau kesannya kerana dapat diterima dan dipatuhi nasihat atau tunjuk ajar kemudian perkara mungkar itu dihentikan.

Mengubah dengan hati setelah kedua-dua cara yang diterangkan tadi gagal dan tidak memberi kesan. Ini dikenali sebagai tanda selemah-lemah iman.

Namun demikian, ia adalah fardu ain ke atas tiap-tiap orang Islam. Ertinya wajib atas mereka mengingkari perkara yang mungkar itu dengan hati. Hal ini pernah dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabda-Nya yang bermaksud: "Apabila dikerjakan kejahatan dalam permukaan bumi, maka orang yang menyaksikannya tetapi dia membencinya seperti orang yang tidak melihat perbuatan tersebut. Dan barang siapa yang tidak melihat kejahatan itu tetapi dia suka akannya maka dia seperti orang yang menyaksikan perbuatan tersebut".

Maka di atas tafsiran ayat dan hadis yang disebutkan itulah membawa pengertian hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru orang supaya berbuat kebajikan dan mencegah orang daripada mengerjakan kejahatan

iv). Al-Maraghi berkata: "Mereka yang melaksanakan dakwah ini harus memenuhi syarat-syaratnya agar dapat mencapai matlamat dengan baik dan teladan dalam aspek ilmu dan amalan:

Memahami isi kandungan al-Quran, sunnah dan jejak langkah Nabi SAW serta para Khalifah al-Rasyidin.
Peka dengan keadaan masyarakat yang menjadi sasaran dakwah, dari aspek selok-belok masalah, kesediaan, tabiat, akhlak dan pergaulan mereka dengan masyarakat.

Menguasai bahasa masyarakat yang menjadi sasaran dakwahnya. Nabi SAW pernah menyuruh beberapa orang sahabatnya mempelajari bahasa Ibrani bagi kemudahan berkomunikasi dengan bangsa Yahudi yang menjadi jiran Baginda dan mengetahui mereka yang sebenar.

Mengetahui agama dan tradisi serta berbagai-bagai aliran di kalangan pelbagai umat demi memudahkan dirinya mengetahui mana yang batil dari yang betul.

v). Al-Sonhadji berkata: "Kita mendapati bahawa ayat ini ditujukan kepada setiap umat Islam bertanggungjawab dengan tidak ada kecualinya bahkan semuanya hendaklah menyeru kepada kebaikan, caranya dengan menyuruh manusia berbuat kebajikan dan menegah kejahatan.

Tanggungjawab untuk melaksanakan

"Masing-masing mengikut taraf dan kemampuannya. Hendaklah mereka melantik sekumpulan umat yang dapat menjalankan kewajipan itu, manakala sesuatu kesalahan atau penyelewengan segeralah memperbaikinya supaya tidak menimbulkan kebinasaan terhadap umat tadi".

vi). Sayid Qutub dalam tafsirnya berkata: "Penggunaan dua kata yang berbeza itu menunjukkan keharusan adanya dua kelompok dalam masyarakat Islam.

"Kelompok pertama yang bertugas mengajak dan kelompok kedua bertugas memerintah dan melarang. Kelompok kedua ini tentulah memiliki kekuasaan di bumi.

"Ajaran Ilahi di bumi ini bukan sekadar nasihat, petunjuk dan penjelasan. Ini adalah salah satu tanggungjawab untuk melaksanakan pemerintahan dan menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran".

Akhir kata penulis meminjam kata-kata Dr. Aid al-Qarni berkenaan dengan nasihatnya melalui buku Ihfazillah Yahfazka yang menyebut: "Dan para ulama Ahli Sunnah wa al-Jamaah dan para wali Allah itu adalah orang yang bergelut dan bergaul dengan masyarakat yang luas.

"Di dalam Islam, tidak ada seorang alim yang menutup dirinya hanya di dalam rumah dan tidak keluar ke khalayak ramai untuk menyebarkan manfaat ilmunya kepada mereka. Orang seperti ini bukan Ahli Sunnah wal-Jamaah.

"Kamu akan mendapati para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah di masjid, di tempat terbuka, di jalan raya, di forum-forum, di tempat perkumpulan manusia dan di kampus-kampus universiti dan sebagainya.

"Mereka sentiasa mengajar manusia dan menginfaqkan sebahagian rezeki yang Allah anugerahkan kepada mereka dan tidak kedekut terhadap ilmunya".

Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan kita semua harus mencontohi dan meneladani pendirian dan peranan Ahli Sunnah wal-Jamaah. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat Allah yang melayakkan untuk menghuni syurganya. Aamiin.

Sumber : KOLEKSI TULISAN DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI

Rabu, 5 Mac 2014

~Fikirkan! Malaysia Kini Diambang Kiamat~

Bumi Malaysia Diambang Kiamat ᴴᴰ -
 Ustaz Azhar Idrus Ft. Ustaz Dr. Harun Din

Tanda-tanda Kiamat semakin hampir:

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. 

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

''Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.''- Sahih Bukhari

Hakikat: dah jadi dah...

2) Zina Bermaharajalela.

''Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'' - Sahih Muslim

Hakikat: dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

''Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'' - Ibnu Majah

Hakikat: S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah² dll...

4) Menghias Masjid & Membanggakannya.

''Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'' - Riwayat Nasai.

Hakikat: memang dah nampak dah...

5) Munculnya Kekejian, Memutuskan kerabat & Hubungan dengan tetangga tidak baik.

''Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'' - Riwayat Ahmad dan Hakim.

Hakikat: ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu, ada kawan pun bermuka2.

6) Ramai orang Soleh meninggal dunia.

''Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'' - Riwayat Ahmad

Hakikat: boleh kira berapa jer para ulama' yang tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

''Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh2 orang mulia''- Riwayat Thabrani

Hakikat: lihat saja manusia bernama George Bush, Ariel Sharon....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad

Hakikat: jiran sesama Islam pun tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ''Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang''.

Hakikat: fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string, ala dedah tak abis-abis.)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.

''Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.'' - Riwayat Thabrani

Hakikat: tak percaya gi tengok bulan sekarang...

11) Banyak Dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

''Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu'' - Sahih Muslim

Hakikat: cuba baca akhbar2 & majalah² yang popular sekarang nie macam-macam cerita ada...

12) Banyak Saksi Palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

''Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'' -Riwayat Ahmad

Hakikat: tengok kes peperangan Iraq dan terbaru, iran diheret ke penipuan Amerika dan Britian...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

''Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'' - Sahih Muslim

Hakikat: Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

"Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga" - Sahih Abu Daud & Nasai.

Hakikat: telah ada pada zaman ini.. 

15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.

"Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)" - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah Ibni Umar r.a.

Hakikat: cuba lihat orang kaya muslim Arab sekarang..

Wallahualam..

P/s: Adakah tanda-tanda kecil kiamat ini semakin hampir dengan kita?? Anda takut?? semestinya..Maka marilah kita tingkatkan amalan kita, kiamat itu pasti tapi kita tidak tahu bila ia akan berlaku..Segalanya atas kehendak dan ketentuan Allah S.W.T. 

Selasa, 4 Mac 2014

~Gambaran Dunia Akhir Zaman~

 ''Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.''
(Surah Al-A'raf Ayat: 187)

Semoga dijadikan iktibar tentang keterangan ayat-ayat tersebut.


Sekadar gambaran kehancuran menghancurkan ego & kemegahan manusia. Jangan dilupa kuasa Allah mampu meragut semuanya dalam sekelip mata. Bermula dari nyawamu wahai manusia..


Sekadar gambaran tentang keadaan huru-hara pada hari Kiamat. Hanya Allah Maha Mengetahui bila akan terjadinya Kiamat. Seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran :

Di dalam surah Al-Waqiah menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Al-Waqi'ah Ayat 1-10 Dan Terjemahan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

(1). إِذَا وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ
Apabila terjadi hari kiamat,


(2). لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ
terjadinya kiamat itu tidak dapat didustakan (disangkal).


(3). خَافِضَةٌ رَافِعَةٌ
(Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain),


(4). إِذَا رُجَّتِ الْأَرْضُ رَجًّا
apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya,


(5). وَبُسَّتِ الْجِبَالُ بَسًّا
dan gunung-gunung dihancur luluhkan sehancur-hancurnya,


(6). فَكَانَتْ هَبَاءً مُنْبَثًّا
maka jadilah dia debu yang beterbangan,


(7). وَكُنْتُمْ أَزْوَاجًا ثَلَاثَةً
dan kamu menjadi tiga golongan.


(8). فَأَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ
Yaitu golongan kanan. Alangkah mulianya golongan kanan itu.


(9). وَأَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ
Dan golongan kiri. Alangkah sengsaranya golongan kiri itu.


(10). وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ
Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu (masuk surga).

P/s : Bacalah surah Al-Waqiah sebagai amalan bacaan rutin setiap hari dan malam dengan hati yang ikhlas kerana terdapat banyak Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Waqi'ah seperti sabda Rasulullah S.A.W.:

Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

50 Signs of the Day of Judgement | Qur'an & Hadith

DAY OF JUDGEMENT REALITY || POWERFUL||