Dengan Lafaz Bismillah dan Salam Sejahtera,
Setiap
manusia pernah bermimpi, kerana mimpi adalah perkara biasa berlaku
semasa tidur dan ianya berlaku kepada setiap orang. Semakin bertakwa
seseorang itu kepada Allah S.W.T. maka semakin benarlah mimpi-mimpinya
sebagai petunjuk daripada Allah S.W.T.Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Mimpi yang benar itu ialah sebahagian daripada empat puluh enam sifat kenabian.” (Hadis Riwayat Muslim)
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuatirkan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dalam riwayat yang lain Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan ‘Alhamdulillah’ dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan isti’azah (a’uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim) dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya.”(Hadis Riwayat Bukhari dari Abi Sa’id).
Untuk mendapatkan mimpi yang benar seseorang perlulah melaksanakan adab-adab sebelum tidur seperti berwuduk, membaca al-Quran, berzikir dan solat witir. Tidur mengiring ke arah kiblat seperti tidur Rasulullah S.A.W. Waktu yang baik adalah waktu tengah malam di antara jam 1 pagi hingga 4 pagi. (waktu mustajab doa).
Do'a Ketika Mimpi Baik
"Alhamdulillahil-ladzii qadlaa haajati"
Artinya : "(Segala puji bagi Allah yang telah memberi hajatku)"
(Apabila mendapat mimpi yang baik dan disuruh menceritakan)
"Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam"
(Apabila mendengar cerita mimpi yang baik)
"Semoga baik apa yang engkau temui dan terpelihara dari keburukan engkau. Semoga baik untuk kita dan buruk untuk musuh-musuh kita. Segala pujian bagi Allah Tuhan seluruh alam."
(Apabila mendapat mimpi yang buruk dan ditegah menceritakan)
"Allaahumma innii a;uudzu bika min 'amalisy syaythaani, wa sayyi'aatil ahlaami"Artinya :"(Ya Allah, aku mohon perlindungan kepada Engkau daripada perbuatan syaitan dan dari keburukan mimpi.)"
(Ketika terjaga kerana terkejut atau takut sesuatu di waktu tidur)
"Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemurkaan-Nya dari kejahatan hamba-hamba-Nya dari bisikan syaitan yang mendekatiku."
Ingin info lagi: 1001 Tafsir Mimpi, Tafsir Mimpi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan