ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿
Allah menuntut agar kita berubah..iaitu berubah kearah kebaikkan..Allah menuntut agar kita sentiasa mengingatiNya selalu..
Allah mahukan kita berubah kepadaNya agar kita selamat dunia dan akhirat..
HATI INI URUSAN ALLAH..
Berubahlah walaupun sedikit demi sedikit walaupun bukan secara sepenuhnya.
Perubahan sejengkal..akan merasa nikmat satu hasta.
Perubahan satu hasta..akan mendapat nikmat satu depa.
Apa yang akan kita terima akan lebih diredhai, akan lebih bererti jika kita berubah DEMI Allah..
Beribu-ribu kali dah kita buat silap, tidak pernah pun kita benci dekat diri sendri.
Tapi bila org lain buat silap, baru sekali, sudah benci dan pendam dendam itu seumur hidup. Tapis mata kita. Pandang kelemahan diri dan perhatikan kebaikan orang lain bukan sebaliknya. Kerana disebalik itu ada teguran dan petunjuk Allah bagi untuk menyedarkan kita..
Kita selalu merasakan orang lain lebih bahagia daripada kita, kerana hidup mereka penuh warna dan ceria, sedang hidup kita seringkali berkalut derita. Sedangkan hakikatnya kitalah orang yang paling bahagia, jika kita sabar dan menerima ujian hidup seadanya. Mereka yang setiap hari bergelak tawa, belum tentu tidak lalai hati mereka dari mengingati-Nya.
Bahagia itu sebenarnya apabila kita menangis kerana Allah, ketawa kerana Allah, bersyukur kepada Allah dan bersabar kerana Allah. Itulah hakikat bahagia..Usahlah terlalu risau memikirkan perihal jodoh, kerana segalanya sudah di tetapkan sejak dahulu, tercatat segalanya di luh mahfuz seorang pasangan sesuai buat kita, jauh jarak beribu batu sekalipun sampai waktu kan bertemu. walau perpisahan yang berlaku akan berakhir dengan pertemuan yang baru.
Namun, jika tiada jodoh dengannya, andai sudah disatu dengan cinta, diikat dengan pertunangan dan telah ditetapkan tarikh pernikahan,segalanya akan terhalang..sedangkan yang berkahwin jua mengalami perceraian. Oleh itu, sudahi air mata, yakini takdir, setiap yang berlaku bersama hikmah yang tertentu.
BerDoalah selalu;
رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
Maksudnya : “Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!” (Al-Mumtahinah : 4)
Berhenti mengejar cinta yang tidak pasti, apa yang terbaik kini, berdoalah hanya pada Rabbi, semoga pintu hati ini hanya akan terbuka buat insan yang dipilih olehNya,bukannya cinta yang hadir kerana dipalit nafsu semata..Kadang2 kita rasa sedih..rasa sakit..rasa hiba..terasa masalah yang datang ini adalah satu beban yang sangat sukar untuk dilalui..Tapi kita lupa bahawa ada yang lebih menderita dari kita.. Jadi lah manusia yang bersyukur, kerana ujian yang ALLAH beri tu adalah petanda yang ALLAH sayangkan kita..
Kita selalu mengimpikan sesuatu mengikut impian yang telah kita lakarkan.
Namun jangan biarkan kesedihan terus menghuni hidup andai lakaran impian tidak seindah yang kita impikan.
Kerana ALLAH memberi sesuatu mengikut apa yang diperlukan oleh kita serta yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita..
Yakin dengan perancangan ALLAH..
Bila merasa lelah, letih putus asa..dalam menghadapi ujian ucapkanlah:
''Hasbunallaahu wa ni'mal wakil''
(Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dialah sebaik-baik pelindung)
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, Sedekahkan satu senyuman walau di hati tak lagi mampu bertahan. Belajarlah memaafkan walau diri terluka. Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran. Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan. Peganglah pada ALLAH walau DIA tak kelihatan. Bukti kasihNya kita wujud didunia, pinjaman ini ada sebab bila berlaku sesuatu perkara yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengaku keimanan padaNya. Jangan terlalu berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup ini tak semudah itu. Perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi. Moga penat lelah dihargai Illahi walau dicemuh insani.
Pesanan buat diri:
Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak SUDI..Pada insan yang tak MENGERTI..
KERANA,Sekali kau memberi, Selamanya dia di HATI.
KERANA,Sekali kau dilukai, Sampai bila2 tetap kau ingati.
PESAN LAGI PADA DIRI, Hati2lah dalam memberi HATI,
Sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai, Bertapa tingginya nilai sekeping HATI..
♥◕Andai ingin MENANGIS, menangislah dengan TANGISAN kepada dosa-dosa yang telah dilakukan.◕♥
♥◕ Andai ingin MARAH, marahlah dengan KEMARAHAN kepada mereka yang mempersendakan agama Tuhan.◕♥
♥◕ Andai ingin SABAR, sabarlah dengan KESABARAN kepada segala takdir yang telah ditentukan..◕♥
♥◕ Andai ingin DIAM, diamlah dengan DIAM kepada perkara yang boleh mensia-siakan dan membinasakan..◕♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan