Selasa, 9 April 2013

~SaBaR MeNGHaRuNGi KeHiDuPaN~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   
 
✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿

Dalam hidup ini hendak mencapai kejayaan memang tiada jalan pintasnya..Jalan menuju kejayaan sangat payah dan perlukan pengorbanan baik dari segi masa, emosi, wang, titik peluh dan suka duka..Jangan putus asa dan teruskan usaha tanpa jemu dan berdoalah agar dibantu dengan iringan doa yang tak pernah putus..Jangan dengar cakap orang, mereka hanya pandai memberi komen dan melemahkan semangat..dengarkanlah kata hatimu yang berkobar-kobar mengejar impian hidupmu itu..

"DI MANA ADA KEYAKINAN DISITU ADA JALAN." Yakinlah Allah telah menjamin rezeki setiap anak Adam. Dimanakah keyakinan kita pada Allah S.W.T bahawa Dia Al-Razzaq iaitu MAHA MEMBERI REZEKI. Kita hanya berusaha dan terus berusaha melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya dan penuh tanggungjawab melaksanakan urusan yang telah diberi.

Jika awal-awal kita telah menolak peluang kerana takutkan kesusahan, orang lain pula berebut-rebut mengambil peluang dan ruang tersebut.

Saya kagum mendengar cerita seorang ibu berusia 60an yang berusaha untuk mengisi masa lapangnya dengan menghafal ayat-ayat Quran setiap hari. Kerja menghafaz memang memerlukan kesabaran dan semangat yang tinggi. Walaupun satu hari dia menghafaz 3-5 ayat saja, akhirnya dalam masa lima tahun dia telah menghafal seluruh al-Quran. Biarpun lambat, tetapi usahanya membuahkan kejayaan. Bukan mudah menghafaz dalam usia yang telah masuk 60an yang mana sedikit ingat dan banyak lagi lupa..Namun, dia berjaya kerana sikap istiqamahnya yang tak pernah kenal erti putus asa dengan melakukannya secara berterusan dan sabar.

Tetapkanlah matlamat yang ingin kita capai dalam hidup ini. Fikirkan masa depan yang cemerlang..Kita adalah apa yang kita fikirkan pada masa ini. Berpegang teguh pada ayat Al-Quran dan Sunnah agar kita tidak terpesong jauh dari landasan Islam. Bersabarlah jika menghadapi kesusahan, kegagalan atau rintangan kerana Allah S.W.T akan membalas dengan ganjaran pahala kepada insannya yang sabar sebagaimana firmanNya;

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar."(Surah al-Baqarah ayat 2;155)

Rabu, 3 April 2013

~BeRHiJRaH KeRaNa ALLAH S.W.T~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   
✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿
Allah menuntut agar kita berubah..iaitu berubah kearah kebaikkan..
Allah menuntut agar kita sentiasa mengingatiNya selalu..
Allah mahukan kita berubah kepadaNya agar kita selamat dunia dan akhirat..

HATI INI URUSAN ALLAH..
Berubahlah walaupun sedikit demi sedikit walaupun bukan secara sepenuhnya.
Perubahan sejengkal..akan merasa nikmat satu hasta.
Perubahan satu hasta..akan mendapat nikmat satu depa.
Apa yang akan kita terima akan lebih diredhai, akan lebih bererti jika kita berubah DEMI Allah..

Beribu-ribu kali dah kita buat silap, tidak pernah pun kita benci dekat diri sendri.
Tapi bila org lain buat silap, baru sekali, sudah benci dan pendam dendam itu seumur hidup. Tapis mata kita. Pandang kelemahan diri dan perhatikan kebaikan orang lain bukan sebaliknya. Kerana disebalik itu ada teguran dan petunjuk Allah bagi untuk menyedarkan kita..

Kita selalu merasakan orang lain lebih bahagia daripada kita, kerana hidup mereka penuh warna dan ceria, sedang hidup kita seringkali berkalut derita. Sedangkan hakikatnya kitalah orang yang paling bahagia, jika kita sabar dan menerima ujian hidup seadanya. Mereka yang setiap hari bergelak tawa, belum tentu tidak lalai hati mereka dari mengingati-Nya.

Bahagia itu sebenarnya apabila kita menangis kerana Allah, ketawa kerana Allah, bersyukur kepada Allah dan bersabar kerana Allah. Itulah hakikat bahagia..Usahlah terlalu risau memikirkan perihal jodoh, kerana segalanya sudah di tetapkan sejak dahulu, tercatat segalanya di luh mahfuz seorang pasangan sesuai buat kita, jauh jarak beribu batu sekalipun sampai waktu kan bertemu. walau perpisahan yang berlaku akan berakhir dengan pertemuan yang baru.

Namun, jika tiada jodoh dengannya, andai sudah disatu dengan cinta, diikat dengan pertunangan dan telah ditetapkan tarikh pernikahan,segalanya akan terhalang..sedangkan yang berkahwin jua mengalami perceraian. Oleh itu, sudahi air mata, yakini takdir, setiap yang berlaku bersama hikmah yang tertentu.

Isnin, 25 Mac 2013

~Be PoSiTiVe aNd BeLieVe iN YouRSeLF~



Sometimes it's very hard to move on,
But once you move on,
You'll realize it was the best decision you're ever made
Life is to solve the problem.

No matter how good or bad you think life is, wake up each day and be .....
Thankful for life.
Must remember!
Someone somewhere else is fighting to survive.

Life is short, don't stop your journey!
Forgive all people quickly, love them truly!
Give full commitment, patient, perform professionally.
Never regret, anything that will made you smile! :)

"You Don't Need To Be Better ThaN oTHeRs, Just Be Best For The RiGHt PeRSoN"

Rabu, 13 Mac 2013

~REDHAI TAKDIR ILLAHI~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿


PERASAAN CINTA yang lahir terhadap seseorang BUKANLAH tanda atau JAMINAN yang kita akan MEMILIKINYA..Oleh itu, SAYANGI lah diri kita dari DISAKITI oleh CINTA kerana cinta tak semesti dapat MEMBAHAGIKAN kita. Namun kadang-kadang ia muncul sebagai UJIAN dariNya buat kita, ingin melihat bagaimana kita MEMELIHARA, MENGAWAL, dan MENGURUSNYA..perasaan cinta itu AMANAH dan amanah PASTI akan di HISAB.

Allah memberikan PERTEMUAN agar TAKDIR DICIPTA..
Allah mewujudkan kasih SAYANG agar kita BOLEH MENGENALI..
Allah menitipkan RINDU untuk kita SALING MENGINGATI..
Bukan hanya DEKAT DI MATA, bukan jua yang DEKAT BICARANYA..tetapi yang sentiasa DI HATI dan DIINGATI dalam setiap BISIKAN DOA.

Ketika Allah menginginkan dua hati bertemu, DIA akan menggerakkan keduanya..tidak hanya salah satu, dan apabila dua hati MENGINGATI yang SATU, maka mudahlah bagi keduanya untuk BERSATU..Apabila hati terikat CINTA kepada Allah dan RasulNya..tiada yang menyakitkan, tiada pula yang menakutkan..dan tiada yang kesepian kerana Dia sentiasa MEMERHATI..

Allah mengizinkan kita DISAKITI, agar esok kita tahu cara untuk
MENGUBATI orang yang TERLUKA..

Allah membuat kita MENANGIS, agar esok kita mampu MENGHIBUR
orang yang sedang BERSEDIH..

Allah menjadikan kita manusia dengan KELEBIHAN dan KEKURANGAN,
agar kita sedar dan tahu bahawa dengan hanya BERDOA, BERUSAHA & BERTAWAKAL, Allah akan menjadikannya segalanya INDAH PADA WAKTUNYA..


''BUKa MaTa KITa SeBeSaR-BeSaRNYA SeBeLUM MeNIKaH DaN BIaRKaN MaTa KITa SeTeNGaH TeRPeJaM SeSUDaHNYa.''

Selasa, 12 Mac 2013

~MUNAJAT SEORANG HAMBA~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿


Rasulullah SAW bersabda:"Tidak akan berganjak kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang ilmunya untuk apa dia amalkan, tentang hartanya dari mana dia perolehi dan ke mana dia belanjakan, dan tentang tubuhnya untuk apa dia gunakan.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 2417 )