Rabu, 26 Julai 2017

PERTAMA KALI - SHAA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pertama Kali – Shaa

Pertama Kali
Ku Kenalkan dirimu
Betapa Indahnya
Bila Kau senyum
Pertama Kali
Ku Rapat denganmu
Baruku tahu kau
Amat bermakna padaku
Aku tahu kau sudah berpunya
Tapi Ku sanggup menunggu selamanya
Hingga kini aku menanti
Mengapa Sikit engkau tidak mengerti
Mengapa Kini engkau berbagi
Aku Disini tetap akan menanti
Puasku Rayu puas memujuk
Kau Tetap dengan egomu untuk meninggalkan ku
Waktu Kau rapuh aku yang kau tuju
Bila Ku merindu kau pergi menjauh
Pertama Kali
Ku Kenalkan dirimu
Betapa Indahnya
Bila Kau senyum
Aku Tahu ku bukan pilihanmu
Tapi Ku tahu ku hanya cinta kamu
Pertama Kali
Ku Dilukai
Lirik Lagu Pertama Kali - Shaa

Jumaat, 23 Mei 2014

~It's OKAY For Me~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

To Move On.
 I have to be Strong. To be STRONG. 
I have to be Happy. To be HAPPY. 
I have to love like I haven't been hurt.
I Don't share my thoughts because 
I think it will change the minds of people who think Differently.
I Share my thoughts to show the people 
Who already think like me that they're not Alone. 



Rabu, 16 April 2014

~Dosa Kecil Boleh Menjadi Dosa Besar~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



1. MELAKUKAN DOSA SECARA BERULANG-ULANG dan terus menerus walaupun ia dosa kecil. Sesungguhnya hanya perkara yang baik sahaja bleh dilakukan secara berterusan walaupun sedikit...

2. SESUATU DOSA TU DIANGGAP REMEH.. hah, mungkin ini ada yang selalu kita buat dalam seharian. Jangan sesekali mengatakan bahawa dosa itu sebagai perkara yang remeh walaupun ia kecil, kerana Allah itu Maha Besar lagi Maha Agung..

3. TIMBUL RASA BANGGA KERANA DAPAT MELAKUKAN DOSA TERSEBUT... tak baik tau bangga bila buat dosa.. kita kena sedar, bahawa tindakan seperti ini akan mendapat balasan buruk daripada Allah.

4. TERTIPU DENGAN NIKMAT YANG ALLAH KURNIAKAN.. encik anugerah selalu cakap, kesenangan dan nikmat itu boleh jadi baik untuk kita dan boleh jadi buruk andai lupa pada Allah. jadi, bila kita dapat nikmat contohnya sihat, kekayaan, kebijaksanaan, kecantikkan, kena guna untuk ke jalan Allah, jika tidak, kita kan menjadi seorang yang istidraj.. maksudnya, seseorang yang diberikan nikmat, tetapi masih kekal melakukan dosa dengan perasaan aman dan tenteram.

5. TIDAK SEGAN SILU MEMBERITAHU ORANG LAIN AKAN DOSA YANG DILAKUKAN, kalau ada yang pernah buat, contohnya bagitahu kat kawan yang dia dah pernah hisap rokok, dia dah pernah pegang tangan perempuan tanpa rasa malu, sebenarnya dia telah memalukan dirinya sendiri bukan sahaja di depan manusia, tetapi di depan Allah.

6. DOSA YANG DILAKUKAN OLEH SEORANG ULAMA ATAU TOKOH. hah, besar tanggungjawab orang besar-besar ni tauu.. makin besar jawatannya, makin berat amanahnya, dan makin besar dosanya jika melakukan kesalahan. sebab, mereka ni jadi ikutan orang bawahan. oleh sebab itu, ajarkanlah perkara yang benar dan tepat berlandaskan syariat Allah S.W.T.

Isnin, 14 April 2014

~Don’t Feel Alone Anymore~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


“Right now, there are people all over the world who are just like you. They’re lonely. They’re missing somebody. They’re in love with someone they probably shouldn’t be in love with. They have secrets you wouldn’t believe. They wish and they dream and they hope, and they look out the window whenever they’re in the car or on a bus or a train and they watch the people on the streets and wonder what they’ve been through. They wonder if there are people out there like them. They’re like you, and you could tell them everything and they would understand.

“And right now, they’re sitting here reading these words, and I’m writing this for you so you don’t feel alone anymore.”

Khamis, 10 April 2014

~Wanita Bertudung itu Istimewa~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Khas untuk muslimah..
(Para Lelaki, boleh sebarkan kpd Perempuan)


Harap setiap perempuan dapat melihat video ini. Kalau boleh sebar2kan kepada yang terdekat, kawan2 dan muslimah lain. Ingat, dunia sudah hampir berakhir dan ajal juga boleh berlaku bila2 masa. Jangan tangguh untuk lakukan perubahan.

Jika malaikat Izrail muncul di hadapan kita untuk mengambil nyawa, di manakah layak kita ditempatkan dengan amalan kita lakukan dari dulu hingga kita sekarang..

Renung2kan lah....


Jom lihat mengapa wanita Islam perlu bertudung..

1) Tuntutan agama Islam yang suci.

- Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa dengan teruk dalam keadaan itu?

Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak  menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.

2) Mengurangkan dosa daripada terus dimurkai ALLAH S.W.T.

-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dan Ayah anda dapat.  Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dan Ayah anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang akan anda temui hampir siap hari.

3) Lebih cerdik, selesa dan sihat

-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

Pemakaian tudung juga akan mengelakkan kepala dihinggap oleh serangga-serangga yang akan merosakkan rambut dan kepala.

4) Tidak membazir

- Tak perlu lagi ke kedai rambut atau salun untuk mencantikkan rambut dan membuang masa dengan meluruskan rambut dan mewarnakan rambut erti kata tidak membazirkan wang!

5) Lebih sopan dan manis

-Lebih 98%  lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis.

6) Rambut lebih tahan lama dan sihat

-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan dan menggalakkan keguguran rambut. Walaupun anda memakai pelbagai bahan kosmetik pelindung, hakikatnya bahan itu mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk rambut!

7) Menjadikan diri anda “Mahal”

- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal manis yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8) Lebih dihormati dan dihargai

- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi

9) Lebih disayangi oleh ALLAH S.W.T.

- Wanita yang bertudung dengan cara yang betul serta melaksanakan perintah ALLAH S.W.T. akan terus dilindungi oleh ALLAH S.W.T. sehingga akhirat.

10) Calon Isteri Solehah

- Kebanyakan statistik yang diambil di Asia Tenggara. Ramai lelaki yang menjadikan wanita Islam yang bertudung sebagai pilihan utama mereka sebagai isteri. (Jadi wanita di luar sana, berazamlah menjadi muslimah yang bertudung dan berakhlak mulia.)

Sumber : Pakar Cinta