Ahad, 13 Januari 2013

NILAI TEGUR MENEGUR SESAMA MUSLIM

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿


Insan yang lemah seperti kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Kesilapan ini akan berlarutan sekiranya tidak disedarkan ataupun tiada siapa yang menegur kita.
Tetapi, tidak semua manusia boleh menerima teguran dengan hati yang terbuka. Kita sering menilai siapa yang menegur, bukannya apa yang ditegur.

Suatu hari, seorang peminum arak menegur sesuatu kepada sayidina Umar r.a. Beliau dengan berlapang dada menerima teguran tersebut. Orang yang melihat keadaan tersebut berasa pelik. Lalu mereka bertanya: “Wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu menerima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?” Saiyidina Umar r.a. menjawab; “Ya dia berdosa kerana meminum arak, tetapi tegurannya kepadaku adalah benar.”

Biasanya, manusia tidak suka kepada teguran kerana dalam diri manusia itu ada sifat ego. Sedikit atau banyaknya ego itu bergantung bagaimana kita mengawalnya. Namun, walau setinggi mana pun ego kita, kita perlu menerima teguran yang membawa kebaikan kepada kita.

Diriwayatkan daripada Tamim al-Dari r.a. Bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Agama adalah nasihat.”Kami pun bertanya: “Untuk siapa wahai Rasulullah?” Jawab Baginda: “Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemerintah-pemerintah umat Islam dan orang Islam.” (Riwayat Muslim)

Tiada ulasan: