Rabu, 16 April 2014

~Dosa Kecil Boleh Menjadi Dosa Besar~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



1. MELAKUKAN DOSA SECARA BERULANG-ULANG dan terus menerus walaupun ia dosa kecil. Sesungguhnya hanya perkara yang baik sahaja bleh dilakukan secara berterusan walaupun sedikit...

2. SESUATU DOSA TU DIANGGAP REMEH.. hah, mungkin ini ada yang selalu kita buat dalam seharian. Jangan sesekali mengatakan bahawa dosa itu sebagai perkara yang remeh walaupun ia kecil, kerana Allah itu Maha Besar lagi Maha Agung..

3. TIMBUL RASA BANGGA KERANA DAPAT MELAKUKAN DOSA TERSEBUT... tak baik tau bangga bila buat dosa.. kita kena sedar, bahawa tindakan seperti ini akan mendapat balasan buruk daripada Allah.

4. TERTIPU DENGAN NIKMAT YANG ALLAH KURNIAKAN.. encik anugerah selalu cakap, kesenangan dan nikmat itu boleh jadi baik untuk kita dan boleh jadi buruk andai lupa pada Allah. jadi, bila kita dapat nikmat contohnya sihat, kekayaan, kebijaksanaan, kecantikkan, kena guna untuk ke jalan Allah, jika tidak, kita kan menjadi seorang yang istidraj.. maksudnya, seseorang yang diberikan nikmat, tetapi masih kekal melakukan dosa dengan perasaan aman dan tenteram.

5. TIDAK SEGAN SILU MEMBERITAHU ORANG LAIN AKAN DOSA YANG DILAKUKAN, kalau ada yang pernah buat, contohnya bagitahu kat kawan yang dia dah pernah hisap rokok, dia dah pernah pegang tangan perempuan tanpa rasa malu, sebenarnya dia telah memalukan dirinya sendiri bukan sahaja di depan manusia, tetapi di depan Allah.

6. DOSA YANG DILAKUKAN OLEH SEORANG ULAMA ATAU TOKOH. hah, besar tanggungjawab orang besar-besar ni tauu.. makin besar jawatannya, makin berat amanahnya, dan makin besar dosanya jika melakukan kesalahan. sebab, mereka ni jadi ikutan orang bawahan. oleh sebab itu, ajarkanlah perkara yang benar dan tepat berlandaskan syariat Allah S.W.T.

Tiada ulasan: