Rabu, 17 April 2013

~uBaH TaKDiR DeNGaN Doa~

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿


Qada dan qadar adalah satu perkara yang menjadi dasar IMAN seseorang Islam, selain percaya kepada Allah, malaikat, rasul, kitab dan hari kiamat. Ada pihak memberikan erti qada ialah KEHENDAK manakala qadar KETENTUAN Allah.

Daripada Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa Jibril AS bertanya kepada baginda Rasulullah SAW: "Apakah itu IMAN? Baginda SAW menjawab: "IMAN itu ialah kamu beriman kepada Allah SWT, kepada hari akhirat, kepada malaikat-malaikat, kepada kitab-kitab, kamu beriman dengan adanya mati dan kehidupan setelah mati, beriman dengan syurga dan neraka, penghisaban dan timbangan serta beriman dengan TAKDIR yang berlaku sama ada BAIK atau BURUK."

Jibril AS bertanya: "Jika aku buat demikian adakah aku beriman? Rasulullah SAW menjawab: "Jikalau kamu berbuat demikian maka kamu sudah beriman." (Hadis Musnad Ahmad)

Sebagai seorang Islam, wajiblah yakin bahawa segala yang dilakukan tidak terlaksana melainkan izin Allah. Segala sesuatu berlaku sesuai dengan takdir dan kehendak-Nya sedangkan kehendak-Nya pasti terlaksana.

Tidak ada KEHENDAK bagi hamba-Nya melainkan memang apa yang dikehendaki-Nya. Apa yang Dia kehendaki pasti terjadi. Apa yang tidak Dia kehendaki tidak akan terjadi. Demikianlah kekuasaaan Allah. Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'ud RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya setiap orang dikalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama."

"Kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya roh dan dia perintahkan dengan EMPAT KALIMAT iaitu supaya menulis REZEKINYA, AJALNYA, AMALANNYA dan adakah dia CELAKA atau BAHAGIA."

"Demi Allah Yang tiada Tuhan melaikan-Nya, sesungguhnya seorang daripada kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu di didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka."

"Dan sesungguhnya seorang daripada kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Justeru, segala perbuatan ditakdirkan tidak akan berlaku perubahan sedikit pun atas apa yang tertulis di Luh Mahfuz. "Dan disisi Allah jualah segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata.'' (Surah al-Anaam, ayat 59)

Qada dikatakan terbahagi kepada dua iaitu MUBRAM dan qada MUALLAQ. Qada MUBRAM adalah KETENTUAN Allah Taala yang PASTI BERLAKU dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. Contohnya mati pasti akan berlaku. Firman-Nya bermaksud: ''Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati.." (Surah Ali-Imran, ayat 185)

Qada MUALLAQ adalah KETENTUAN yang TIDAK SEMESTINYA BERLAKU, bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. Contohnya, panjang usia bergantung kepada menghubungkan SILATURAHIM dan AMAL kebajikan lain. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: ''Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibu bapa." (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi)

Tiada ulasan: