Rabu, 22 Januari 2014

~PadaMu Ku Bersujud~

Dengan Lafaz Bismillah dan Salam Sejahtera, 

 

Lirik Lagu PadaMu Ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Selasa, 21 Januari 2014

~Ingatlah! Janji Allah itu adalah Benar~



 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

Firman Allah swt: Wahai umat manusia, sesungguhnya Janji Allah (membalas amal kamu) adalah Benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh Kemewahan hidup di Dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar Penipu itu berpeluang menyebabkan kamu Terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia Musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya Dia hanyalah mengajak Golongannya supaya menjadi dari Penduduk Neraka. Orang-orang yang kafir, bagi mereka Azab yang berat; dan orang-orang yang Beriman serta beramal soleh, bagi mereka keampunan dan pahala yang besar. (Faatir 5,6,7)

Isnin, 20 Januari 2014

~RelaKaN PERPISAHAN iTu DeMi CINTA~

Dengan Lafaz Bismillah dan Salam Sejahtera,

Kadangkala aku sendiri kebingungan. Bila ditusuk soalan demi soalan. Bagi yang telah merasa cinta… Bagi yang belum merasanya. Cinta tidak habis-habis diperkatakan, walaupun telah berkali-kali aku pesankan bahawa cinta itu bukan Tuhan!

Dulu aku pernah mengingatkan diri sendiri, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Namun, mengapa hati masih tidak mahu percaya? Kekadang, jalan berapi ditempuh jua. Ah, pujukan nafsu terlalu melulu. Sudah terantuk baru terngadah. Sudah berdarah, baru berubah. 

Ahad, 19 Januari 2014

Siapa Suka Sangat Baca Buku?

Dengan Lafaz Bismillah dan Salam Sejahtera,

Jika anda, kaki membaca dan suka membaca buku saya cadangkan anda belilah buku ini "ALLAH Tidak Pernah Jauh"  karya Suhana Amiril. Terdapat banyak pengajaran dan kata-kata mutiara yang dapat memberi panduan dan motivasi pada diri kita dalam mengharungi kehidupan sementara ini..Harganya tak lah mahal sangat pon, hanya RM 16.92.
 
  
Sinopsis
Buku ini lebih kepada mengajak kita untuk bermuhasabah atas setiap apa yang berlaku. Apabila berhadapan dengan sesuatu yang DIA hadirkan sebagai ujian, kadangkala kita menjadi lemah tidak berdaya lalu terasa tiada harapan lagi. Padahal sebenarnya, DIA tidak hadirkan sesuatu itu dengan sia-sia.

ALLAH Tidak Pernah Jauh ini mengajak kita merenung diri dan menyeru kepada kebaikan dalam mengharungi kehidupan. Harapannya agar kita tidak mudah terjatuh apabila DIA datangkan ujian. Agar kita lebih redha dan teguh dalam keyakinan terhadap-NYA apabila jiwa terusik dengan lambaian jahiliah akhir zaman.



Sabtu, 18 Januari 2014

Rabu, 8 Januari 2014

~CiNTa~

Dengan Lafaz Bismillah dan Salam Sejahtera,
                          

Selasa, 7 Januari 2014

~Indahnya Cinta Dalam AturanNya~

Dengan Lafaz Bismillah dan Salam Sejahtera,

/\ /\
 .||     ||.
Dalam surah Ar-Rum ayat 21, Allah menegaskan bahwa Allah telah menciptakan pasangan-pasangan untuk kita dari jenis kita sendiri agar kita ketenangan dan ketenteraman batin (as-sukun al-qalbi) dan ketenangan ragawi (as-sukun al-jismani) dari pasangan kita itu. 

Sabtu, 4 Januari 2014

Jumaat, 3 Januari 2014

~PERINGATAN KEPADA SEMUA PENGGUNA~

Dengan Lafaz Bismillah dan Salam Sejahtera,

Penipuan Pelaburan MLM 

PERINGATAN KEPADA SEMUA PENGGUNA:
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberitahu orang ramai mengenai senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.


Khamis, 2 Januari 2014

Rabu, 1 Januari 2014

~HaPPY New YeaRs 2014~

Dengan Lafaz Bismillah dan Salam Sejahtera,


Pasti ada diantara kita yang rasa tak perlu nak buat azam untuk tahun baru ni kan!..
Setiap tahun baru perlukah kita kena buat azam tahun baru..
Pejam celik dah masuk tahun 2014 pulak dah!. Memang masa terlalu pantas berlalu.
Menjelang sahaja tahun baru, semua orang akan bercakap tentang buat azam tahun baru.
Kalau tak cakap pun, tentu terdetik juga dalam hati,
 “…apa agaknya aku nak sasarkan tahun baru ni…!”