ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿
"SELAMAT TAHUN BARU 2013 DAN SELAMAT BERAMAL"
Saya berharap tahun ini, kita dapat berhijrah menuju kebaikan dan berusaha menjadi hamba yang diredhai Allah S.W.T. serta memperbaiki amalan-amalan kita dari tahun-tahun lalu..
Bila tahun berlalu..Kadang kala orang gembira apabila usia bertambah, kita kadang-kadang lupa bahawa pertambahan usia bererti berkurangnya peruntukan usia bagi Allah S.W.T.
Sedarkah kita?semakin bertambah usia, itu bermakna semakin sedikit usianya dan semakin hampir dengan kematian?
Pernahkah kesedaran itu timbul? Allah S.W.T. telah memberi peringatan dan menegur manusia atas kelalaiannya agar bertaubat dan memperbaiki diri untuk merubah keadaan..
Allah S.W.T. berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada Nya. Dan janganlah sekali-kali kamu mati dalam keadaan bukan beragama Islam."
(QS.Ali'Imran (3):102)
Selamat berhijrah semua..
Pada entry yang akan datang, saya akan berkongsi mengenai iktibar dari pohon pisang...adakah ia berbuah 2 kali @ patah tumbuh hilang berganti..
wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan