Jumaat, 11 Januari 2013

IKTIBAR DARI POHON PISANG

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿


Seperti yang kita semua ketahui..iktibar adalah salah satu contoh pengajaran, untuk kita pelajari, selalunya berusur teladan dalam kehidupan seharian..iktibar juga dapat mengajar kita lebih berhati-hati dan berubah daripada kesilapan..

Allah S.W.T. menurunkan dua ayat kepada kaum muslimin. Pertama, ayatul qur'aniah iaitu kumpulan wahyu Ilahi yang berbentuk Al-Quran yang mengandungi petunjuk-petunjuk bagi manusia dalam mengharungi samudera kehidupan yang penuh gelombang. Kedua, ayatul kauniyah, iaitu tanda-tanda yang dapat dibaca dalam alam semesta ini yang mengandungi iktibar bagi orang-orang yang berfikir.

Salah satu iktibar tersebut adalah pohon pisang. Selama hidup, pohon pisang berbakti kepada manusia. Pertama, daunnya dijadikan pembungkus (spt utk nasi lemak) atau payung di waktu hujan (mcm lagu 'memori daun pisang'). Kedua, buahnya yang masih muda dan jantungnya boleh dijadikan sayur. Ketiga, batangnya dijadikan rakit. Keempat, kulit batang yang sudah tua boleh dijadikan pengikat. Kelima, buahnya yang sudah masak dapat dimakan dan hasilnya dijual. Pendek kata, banyak manfaat yang diperoleh melalui pohon pisang sehingga akhir hayatnya, apabila  dia ditebang, dia tidak mati sebaliknya meninggalkan tunas baru dikiri dan kanannya pula.

Iktibar yang harus dikutip di sini adalah kita tidak boleh berputus asa dan mengaku kalah seperti pepatah, patah tumbuh hilang berganti BUKAN pisang berbuah dua kali. Maka ambillah iktibar ini dan ingatlah segala yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri..

wassalam...

Tiada ulasan: