Isnin, 10 Februari 2014

~Jom Ceriakan Diri Kita~

Dengan Lafaz Bismillah dan Salam Sejahtera,

Bayangkan jika kita seorang yang berwajah ceria, senyum selalu, air muka kita manis, ucapan kita pun berhikmah tidak menyakitkan hati orang yang mendengarnya, walaupun rupa kita tidak cantik dan hensem tetapi perwatakan kita membuatkan orang lain rasa sejuk mata memandang.

Cuba bandingkan dengan yang ini. Jika kita berwajah kusut sentiasa bermasalah, wajah pun masam dan murung, tidak bermaya, hati kita terasa tertekan, ditambah pula dengan mulut kita berbisa yang banyak mengeluarkan kata-kata sinis dan menyindir-nyindir. bagaimana perasaan orang terhadap kita? Cuba kita bayangkan!..

Lalu, yang mana satu pilihan kita? Mahu menjadi orang yang bagaimana?. Tepuk dada tanya IMAN kerana kita boleh memilih untuk CERIA atau MURUNG dan HIBA.

p/s: Sayangilah orang lain, sifat penyayang pasti akan mengundang rasa sayang yang dilangit kepada kita.

SEMOGA ANDA CERIA SELALU! :-)

Tiada ulasan: