ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿
Pejam celik dah 4 bulan aku duduk kat kampung, walaupun suasana kampung agak membosankan sbb ramai kawan-kawan aku dh kahwin, masing-masing buat haluan sendiri..tapi okay la dari aku duduk umah sewa sorg2 kat melaka..Sekurang2nya aku dapat jaga mak & abah aku kat sini..Sekarang ni, kampung aku dah ada free wifi boleh la skali skala main fb..tp aku bukan kaki fb pon..aku lebih suka dengan hobi aku iaitu memancing..dh lama aku tak pegang joran sejak merantau kerja di tempat orang..masa nie la untuk aku cungkil kan bakat aku balik..memang best!! bila dapat layan ikan besar2..
Ni pondok dusun abah aku walapun tak berapa besar, tapi selesa gak la..ada 1 bilik tido, dapur dan ruang tamu..aku tak berani lagi nak tido kat sini..setakat ni abah aku aje yang berani duduk kt pondok ni..bila mlm guna pelita sbb kawasan ni belum ada elektrik lg..dulu ada generator tp dah rosak..
Yang comel nie, teman abah aku kat dusun, namanya chumi..bila panggil, semua dtg tp skrg tinggal 1 ekor aje, 1 ekor dh mati, 2 ekor dah hilang mungkin diambil orang.
Ni la rambutan abah aku, isinya boleh di katakan yang terbaik..lengkang & manis cuma ada 2 jenis aje..merah dan kuning..tak tau la..kalau ada jenis lain lg?..
Banyak tak rambutan nie? semua ni aku ikat untuk di jual ke kedai, sebagai kerja sambilan,untuk tolong abah aku kat dusun..
Penat gak la..dari pokok aku potong dahan, cantas tangkai, buang daun lepas tu timbang baru ikat tali..ini lah hasilnya..
Ini saje la serba sedikit dapat aku kongsikan tentang dusun abah aku..untuk aktiviti dan cerita anak kampung yang lain akan aku kongsikan di lain hari..
Wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan