Rabu, 12 Disember 2012

TEGAKKAN TAUHID

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
✿بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم✿
   ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   

✿ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل ✿


Allah Yang Maha Berkuasa
Penguasa alam semesta
Wajib disembah tiap ketika
Penyayang kepada hamba-Nya

Tiada yang dapat menandingi
Kekuasaan Allah Rabbul Izzati
Tempat manusia berserah diri
Memohon hidup agar diberkati
Kerana Dialah pemberi rezeki

Tiada tuhan yang berhak disembah
Nabi Muhammad pesuruh Allah
Jika hadapi sebarang masalah
Dekatkan diri kepada Allah

Ketuhanan Yang Maha Tinggi
Ilmu Tawhid wajib didalami
Konsep keimanan perlu difahami
Agar bersih hati nurani

Segala amalan Allah berkati
Perintah dan larangan harus taati
Sebagai bekalan sesudah mati
Hidup bahagia kekal abadi


Tiada ulasan: